Default – Above Header Ads

Penganalisa Kripto Berkata Bitcoin Telah Sampai Ke Paras Bawah dan Menghala ke $8,000

 

Bitcoin, selepas beberapa hari di paras yang sama, telah kembali bergerak menghala ke atas. Setakat ini ia telah naik sebanyak 2% dalam masa 24 jam dan penganalisa dan pedagang kripto Crypto Thies berkata ia akan menaik jauh kali ini.

Dalam satu siri tweet, penganalisa itu mengatakan bahawa pasaran Bitcoin menunjukkan petanda yang baik dengan ukuran Moving Average Convergence Divergence (MACD) dua minggu bertukar kepada hijau yang menandakan pemulihan daripada keadaannya sebelum ini.

Sementara penganalisa lain seperti Nunya Bizniz berpendapat ia mungkin untuk Bitcoin untuk jatuh ke paras bawah $3,000 sekali lagi sebelum kenaikan seterusnya, Crypto Thies berkata Bitcoin telah sampai ke paras bawah dan tidak akan jatuh ke bawah $3,000 lagi jika mengikut metrik analisanya.

Bitcoin kekal berdagang di paras $5,000 untuk beberapa hari yang lalu membawa kepada pertengkaran dalam komuniti kripto tentang hala tuju harga Bitcoin. Awal hari ini, ia mula naik dari $5,100 untuk mencapai setinggi $5,261. Sewaktu penulisan harga Bitcoin masih kekal di atas $5,200 dan nampak seperti bersedia untuk semakin menaik.

Kebanyakan penganalisa meramalkan trend menaik untuk Bitcoin tahun ini berdasarkan beberapa indikator teknikal dan juga corak dari masa lalu yang mencadangkan trend bull yang akan datang. Menurut beberapa penganalisa, Bitcoin perlu melebihi $6,000 untuk ia dianggap sebagai bull run dan bukti musim sejuk kripto sudah berakhir.

Walaupun begitu, aset itu masih lagi berjaya mengekalkan kedudukannya di atas $5,000 yang sudah menjadi paras sokongan baru sejak ia naik dari $4,000. Oleh itu, ia adalah logik untuk menjangka paras sokongan seterusnya adalah pada $6,000 dan bukannya kejatuhan. Malah Weiss Ratings telah menjangka penurunan ke bawah $5,000 dalam minggu lalu dan Bitcoin berjaya kekal di atas paras itu.

Jika trend sedia ada berterusan, Crypto Thies melihat Bitcoin menutup harganya tahun ini di sekurang-kurangnya $8,000 tetapi jika jangkaan Nunya Bizniz lebih tepat, kita akan mengalami penurunan serendah $2,900 untuk pertama kali sejak kejatuhan awal 2018 sebelum ia naik kembali.

Sumber:

https://zycrypto.com/crypto-analyst-says-bitcoin-has-bottomed-and-on-its-way-to-8000-not-down/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads