Penganalisa Terkenal: Bitcoin akan Mencapai Lantai antara $1,800-$2,400
Untuk menyambut tahun baru, Tone Vays, bekas pelabur institusi yang menjadi peminat tegar Bitcoin, berbincang bersama graduan Princeton, Murad Mahmudov, penganalisa kripto dan pakar ekonomi terkenal tentang keadaan semasa pasaran baru ini.
Sejak nilai Bitcoin mula turun pada penghujung 2017, pelabur keluar daripada industri kripto beramai-ramai, dan peminat kripto mula mencari lantai Bitcoin. Namun, setahun kemudian, selepas Bitcoin hilang hampir 80 peratus daripada harganya, pelabur biasa masih lagi tidak dapat membezakan sama ada kripto telah sampai ke lantai ataupun tidak. Vays dan Mahmudov cuba menjawab persoalan ini, yang masih menjadi misteri buat pelabur kripto.
Mahmudov mendakwa Bitcoin masih dalam proses mencari nilai jangka masa panjang yang kekal, menjangka kripto terbesar dunia itu akan mencapai lantai antara $1,800 dan $2,400. Dari beberapa perspektif, harga $2,000 untuk Bitcoin memerlukan kripto itu menurun sebanyak 50 peratus daripada harga semasa kini – satu peristiwa yang negatif buat ramai. Menerangkan lagi tentang dakawaan berbentuk bearish ini, pedagang itu berkata beliau tidak 100% yakin Bitcoin tidak akan jatuh bawah paras $1,000.
Mahmudov, yang ingin melancarkan hedge fund berbentuk kripto di masa akan datang, berkata altcoin lain seperti Ether, EOS dan XRP terlebih nilai di pasaran, lebih-lebih lagi apabila melihat kepada saranan nilai yang tidak berasas.
Sebaliknya, Vays berkata dia yakin sebanyak 30 peratus bahawa Bitcoin sudah mencapai lantainya, sebelum menambah bahawa 40 peratus lagi dia menjangka Bitcoin boleh jatuh serendah $1,000.
Seperti laporan dari NewsBTC sebelum ini, Filb Filb, rakan penganalisa Mahmudov yang merujuk kepada trend dan kitaran pasaran Bitcoin sebelum, Bitcoin boleh jatuh antara $2,500 hinggan $3,100 dari sekarang sehingga awal 2020. Anthony Pompliano, pengasas Morgan Creed Digital Assets juga mendakwa Bitcoin boleh jatuh ke paras bawah $3,000, lebih-lebih lagi jika dana Bitcoin yang disokong VanEck ditolak oleh penguatkuasa Amerika Syarikat.
Walaupun jangkaan ramai penganalisa berlainan dari aspek harga, satu tema yang biasa didengari kini adalah jangkaan mereka tentang harga Bitcoin yang akan jatuh.
Sumber:
https://www.newsbtc.com/2019/01/04/crypto-analyst-bitcoin-bottom-between-1800-2400/
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.