Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Pengarah Jualan Canaan: Bertahan adalah “Cukup Baik” untuk Pengeluar Peralatan Perlombongan Kripto

 

Cheng Fend, pengarah jualan di syarikat perlombongan kripto gergasi Canaan, baru-baru ini telah mendedahkan bahawa firma itu boleh bertahan dalam pasaran harga rendah kripto dan untuk kebanyakan pengeluar alat perlombongan kripto, bertahan sudah “cukup baik”.

Semasa temubual dengan ChainDD, yang baru-baru ini mengeluarkan wallet matawang kripto, Feng menyatakan syarikatnya telah menyimpan aset untuk bertahan dalam keadaan pasaran menurun, dan mengatakan:

“Beberapa tahun yang lalu, kami sudah menyimpan aset, jadi syarikat kami masih lagi boleh bertahan. Jika keadaan pasaran menurun ini berterusan untuk tiga tahun, ia tidak menjadi masalah. Lagipun kos kami rendah dan kami juga menjalankan perniagaan dalam bidang cip AI dan pelaburan lain.”

Apabila ditanya tentang langkan firma itu masuk ke dalam bidang AI, Feng mendedahkan bahawa Canaan dan firma perlombongan kripto lain perlu masuk AI kerana ia kurang terdedah kepada pasaran yang tidak stabil. Seperti yang dikatakannya, Canaan “hanya terlibat dalam satu bahagian kecil AI” dan akan menggunakannya untuk mula masuk bisnes cip AI.

Feng menambah dalam “satu atau dua tahun akan datang, ianya mungkin untuk mendapat 30% daripada keseluruhan pendapatan operasi melalui cip AI.” Di tahun 2017, jumlah keuntungan bersih Canaan adalah $53.1 juta, dan pada tahun lalu ia adalah antara $103 juta hingga $118 juta.

Disebabkan pasaran kripto yang sedang menurun, yang menampakkan Bitcoin, matawang kripto utama, jatuh dari setinggi hampir $20,000 ke serendah $3,200, Canaan tidak mencapai sasaran jualan $1.47 bilion, Walaupun ia mencapai separuh dari sasaran itu pada enam bulan Pertama 2018.

EXMO affiliate program

Dia berkata:

“Jadi ia sangat mustahil untuk menjangka “pasaran menurun”. Buat masa ini, untuk kebanyakan pengeluar peralatan perlombongan, bertahan sudah cukup baik.”

Sumber:

https://www.cryptoglobe.com/latest/2019/01/surviving-is-good-enough-for-crypto-miner-manufacturers-says-canaans-sales-director/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads