Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Pengarah Teknikal Samsung NEXT Lebih Suka Desentralisasi dari Blockchain

 

Desentralisasi adalah fenomena yang lebih penting dari Blockchain, eksekutif senior di syarikat teknologi Samsung berkata dalam temubual bersama majalah komputer JAX pada 10 Januari.

Bercakap tentang masa depan Blockchain, Ricarddo J. Méndez, Pengarah Teknikal di Bahagian teknologi inovatif Samsung NEXT, menjangka penyatuan dalam ruangan itu pada tahun ini, tetapi menekan kepentingan untuk membentuk kembali struktur berpusat.

DItanya sama ada dia merasa desentralisasi lebih penting dari Blockchain, Méndez menjawab, “Tidak perlu dipersoalkan. Blockchain hanya satu lagi alat, dan boleh membantu dalam konteks desentralisasi, tetapi alat itu akan sentiasa kurang penting daripada matlamat.”

Perspektif ini meletakkan Samsung dalam kumpulan kecil bisnes teknologi yang menjuarai aspek ideologi dalam fenomena Blockchain. 

Seperti yang dilaporkan Cointelegraph, kebanyakkan pemain besar maih lagi berterusan melihat Blockchain sebagai cara untuk menyelaraskan operasi seperti supply chain, kos dan kertas kerja, tetapi jarang menyatakan kelebihan sistem desentralisasi yang lebih kurang sama dengan rangkaian Bitcoin.

Tentang topik matawang kripto pula, Méndez nampak bersemangat dalam menekankan kekurangan yang ada pada cara transaksi banyak aset.

EXMO affiliate program

“Kamu perlu hanya lihat kebanyakkan matawnag kripto, di mana mereka desentralisasi sepenuhnya tetapi juga 100% awam – pseudonymity mereka hanya perlu digagalkan sekali,”dia menyambung.

Peer-to-peer memerlukan kamu menyiarkan aktiviti kepada orang lain, jadi mereka perlu lebih lapisan privasi (seperti VPN atau mix network). Ini adalah sebab mengapa, sebagai satu industri, kita perlu lebih baik dalam menerangkan kepada pengguna kelebihan dan kekurangan pendekatan yang berbeza.”

Samsung sendiri mengekalkan kepentingan dalam eksperimen berdasarkan Blockchain dan matawang kripto, pada bulan lalu mendedahkan ia sedang memohon paten UK untuk wallet matawang kripto.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/samsung-next-technical-director-values-decentralization-above-blockchain

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads