Pengasas Bersama Ethereum: Blockchain akan Menjadi Sebahagian Besar Ekonomi Dalam 10-20 Tahun
Pengasas bersama Ethereum, Joseph Lubin berkata dia menjangka ekonomi global akan berkembang 10 kali ganda dalam 10 hingga 20 tahun, bila blockchain diimplementasi sepenuhnya, dan blockchain akan menjadi sebahagian besar daripadanya. Lubin membuat kenyataan ini di konferens SXSW di Austin pada 14 Mac.
Dalam ucapan yang sama, Lubin mengatakan bahawa seperti sekarang tidak ramai orang “normal” akan menggunakan sistem berdasarkan blockchain, “sama juga sepertimana tidak ramai orang ‘normal’ menggunakan emel sewaktu 1983.”
Dia juga mengulangi janji-janji Ethereum 2.0, mengatakan bahawa banyak isu dalam Bitcoin dan versi sedia ada Ethereum yang Ethereum 2.0 tidak akan ada:
“Dalam Bitcoin dan versi sedia ada Ethereum, anda perlu hardware yang khusus, menjana banyak eletrik, membazir banyak pengkomputeran, untuk melancarkan operasi. [Dengan Ethereum 2.0, dalam 18 bulan], kita akan mempunyai sistem blockchain yang lebih berkuasa dan berskala yang menggunakan tenaga yang lebih sedikit.”
Seperti yang dilaporkan Cointelegraph, Lubin juga berkata teknologi blockchain dan desentralisasi boleh memberi kebaikan kepada pencipta kandungan dan wartawan.
Sumber:
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!