Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Pengasas Bersama Vonage Lancarkan Applikasi Chat Video Terdesentralisasi

Jeff Pulver, perintis Protokol Suara Internet (VoIP) dan pengasas bersama Vonage, telah melancarkan aplikasi terdesentralisasi (dApp) yang mendakwa akan menyediakan “rangkaian komunikasi perniagaan yang paling selamat dari awal ke hujung”. Langkah itu mengikuti laporan minggu lepas bahawa Zoom, aplikasi chat video saingannya terdedah kepada maklumat peribadi dan perbualan peribadi di web terbuka. Menurut Pulver, masalah dengan penyelesaian komunikasi yang ada ialah mereka mengarahkan semua data perniagaan dan peribadi melalui satu titik pusat. Ini mewujudkan ancaman keselamatan yang besar kepada maklumat sulit.

Projek terbaru Pulver, Debrief, ingin menyelesaikan masalah ini dengan melaksanakan penyulitan, penyimpanan data dan pengesahan pada blockchain. Debrief sendiri tidak menyimpan maklumat pengguna kecuali sangat minima, kerana segala-galanya adalah terdesentralisasi. Ini juga menghalang penggodaman atau mengganggu maklumat sebaik sahaja data telah dihantar ke rangkaian blockchain. Sebarang percubaan untuk mengedit maklumat pada satu peranti penerima akan ditolak oleh peranti lain pada rangkaian blockchain.

Selain daripada penyelesaian komunikasinya sendiri, Debrief juga boleh digunakan oleh rangkain blockchain lain dan alat komunikasi tradisional (seperti Zoom) sebagai lapisan ‘middleware’ sumber terbuka. Ini membolehkan aplikasi lain mendapat manfaat daripada pengesahan blockchain dan seni bina yang terdesentralisasi Debrief. Versi beta telah pun dikeluarkan, menyediakan persidangan video HD, audio dan video panggilan ‘peer-to-peer’, pemesejan, storan fail dan banyak lagi. Terdapat hampir 3,000 pengguna yang menyertai platform Debrief sekarang.

Jeff Pulver juga merupakan pengarang utama Pulver Order, yang diguna pakai oleh FCC pada tahun 2004 untuk memastikan pengguna aplikasi komunikasi seperti WhatsApp, FaceTime dan Messenger tidak perlu membayar untuk perkhidmatan tersebut.

Rujukan:

https://cointelegraph.com/news/vonage-co-founder-launches-decentralized-videochat-app-to-battle-zoom

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads