Default – Above Header Ads

Pengasas Cardano: Kita Perlukan Detik WiFi atau Bluetooth Dalam Industri Blockchain

 

CEO IOHK Charles Hoskinson, seorang yang dihormati dalam komuniti kripto atas pendapat beliau tentang Cardano dan kripto secara am di live stream, percaya bahawa ruangan blockchain dalam keadaan stagnan dan memerlukan “detik WiFi atau bluetooth” untuk melancarkan dirinya dalam dunia mainstream.

Bercakap dengan Cheddar, Hoskinson menggunakan contoh sambungan WiFi untuk menyampaikan point tentang cabaran blockchain untuk pergi ke mainstream. Hoskinson berkata bahawa kesenangan yang dijangka daripada sambungan rangkaian semua adalah kerana usaha keras daripada orang dalam industri:

“Pengguna sudah biasa dengan idea bahawa apabila mereka mengeluarkan telefon mereka – jika mereka di Korea, Jepun, Afrika Selatan, atau di Amerika – bahawa telefon mereka akan bersambung dengan rangkaian WiFi. Tetapi tiada sebab ia adalah benar, jika tidak kerana usaha keras keseluruhan industri…Apa yang kita cari adalah detik WiFi atau Bluetooth industri kita. Kita masih belum sampai ke situ lagi.”

Mengulangi kenyataannya tentang bagaimana masa depan akan berbeza, Hoskinson juga menyebut tentang bagaimana kita melihat nilai secara berbeza – sesuatu yang penyokong bitcoin dan blockchain Andreas Antonopoulos tekankan – dan kerana itu, di masa depan, maklumat dalam sistem yang berbeza akan diintegrasi dalam satu bentuk (“kebolehoperasian”):

“Apa yang kita lihat adalah koleksi standard yang dicipta yang akan satu hari nanti bergabung dalam masa dua hingga lima tahun akan datang untuk mencipta situasi di mana anda akan memindahkan maklumat dan nilai antara sistem yang berbeza ini – bukan sahaja bitcoin ke litecoin ke ethereum ke cardano – tetapi juga akaun bank anda.

Cardano (ADA) sedang menaik taraf ke fasa “Shelley”, yang akan membawa mekanisme Proof-of-Stake (PoS) ke dalam rangkaian itu. Cardano mendakwa bahawa mekanisme PoS akan membawa tahap keselamatan yang sama dengan protokol konsensus Proof-of-Work (PoW) Bitcoin. 

Sumber: 

https://www.investinblockchain.com/cardano-founder-we-need-a-wifi-or-bluetooth-moment-of-our-industry-were-simply-not-there-yet/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.