Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Pengasas EOS akan Memberi Pengumuman Terbesar EOS pada Bulan Jun, Kini Membeli Balik 10% daripada Sahamnya

Pengasas EOS, Dan Larimer, berkeyakinan terhadap projeknya dan menyatakan bahawa pengumuman terbesar sejak EOSIO akan berlaku di bulan Jun.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini oleh IIB, Larimer telah member hint tentang pengumuman ini sejak bulan Mac dan sejak itu menyebarkannya dalam kumpulan Telegram EOS.

Menambah kepada sentimen bullish ini adalah Block.one, syarikat pembangunan blockchain yang membangunkan software EOSIO.

Menurut laporan oleh Bloomberg, firma penyelesaian blockchain itu kini cuba untuk membeli balik 10% daripada sahamnya, menunjukkan syarikat itu mempunyai pandangan positif terhadap EOS dan membeli untuk penantian pengumuman besar EOS itu.

Menurut laporan Bloomberg, pembelian balik syarikat itu meletakkan nilai Block.one di $2.3 bilion kerana harga pembelian balik sahamnya adalah $1,500 setiap saham, yang naik 6,567% daripada harga asal $22.50.

Oleh itu, memandangkan syarikat itu akan membeli balik saham itu di harga yang sangat tinggi, sudah tentu mereka menjangka lebih banyak perkembangan di masa hadapan, mungkin selepas pengumuman EOS di bulan Jun.

Tambahan lagi, dalam temubual Bloomberg dengan Nic Carter, seorang rakan kongsi di firma pelaburan blockchain Castle Island Ventures, dia bercakap mengenai pembelian balik Block.one:

“Pembelian balik persendirian seperti ini memberi isyarat kepada saya bahawa syarikat itu percaya terdapat peluang perkembangan, atau ingin menyatukan pemilikan dan mengelakkan pemeriksaan luar.”

Tambahan lagi, Bloomberg menyatakan ini bukan kali pertama Block.one telah membeli semula sebahagian daripada sahamnya. Syarikat itu dilaporkan membeli balik 13.8% daripada sahamnya pada harga $1,200 setiap saham, berjumlah $300 juta.

Sumber:

https://www.investinblockchain.com/eos-founder-hints-biggest-announcement-for-eos-coming-in-june-now-buys-back-10-of-its-stock/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.