Default – Above Header Ads

Pengasas ShapeShift Berkata Ia akan Menyokong Libra

Shapeshift mungkin akan integrasi Libra milik Facebook dalam masa terdekat, menurut Erik Voorhees.

CEO Shapeshift memberi komen tentang projek matawang kripto dari perspektif peribadinya di acara Bitcoin2019, mengisytiharkan bahawa walaupun Libra masih belum wujud lagi, sudah ada ruang untuknya dalam platform itu.

“Ia masih terlalu awal kerana ia belum wujud lagi tetapi saya ingin integrasi Libra ke dalam ShapeShift apabila ia wujud,” menurut Voorhees.

Usahawan matawang kripto dan blockchain itu menjelaskan minatnya kepada Libra bergantung kepada bagaimana projek itu berfungsi.

“Apa yang menarik tentang Libra adalah peraturannya,” dia berkata.

Voorhees juga mempunyai beberapa persoalan, menyatakan bahawa apa yang diterangkan dalam whitepaper Libra boleh berubah sebaik sahaja projek itu dilancarkan.

“Jadi, secara asasnya ia bergantung kepada perspektif desentralisasi secara relatif, tetapi ia boleh berbeza apabila ia dilancarkan berlawanan dengan apa yang dilaporkan,” menurutnya lagi.

Dia juga menilai kawalan yang diberikan Libra kepada pengguna dari aspek teknikal:

“Kita akan melihat kebebasan yang diberikan. Contohnya, perlukan seseorang menunggu kebenaran untuk integrasinya kepada aplikasi lain?”

Libra juga boleh menyumbang kepad penggunaan meluas Bitcoin. Usahawan itu menjelaskan bahawa nilai Libra boleh mengatasi dollar, menjadikan ia lebih menarik sebagai kaedah pembayaran.

“Saya sangat teruja bahawa Libra bukan hanya pada ratio satu-kepada-satu dengan dollar,” Erik berkata.

Dia juga menyatakan bahawa Libra boleh menjadikan pengguna Facebook lebih terbuka kepada matawang digital.

Sumber:

https://www.coindesk.com/shapeshift-founder-says-his-service-will-support-libra

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.