Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Pengasas Startup Yang Disokong Ripple Ingin Penggunaan XRP di 3.3 Juta Kedai Online

 

Wietse Wind, pengasas startup XRPL Labs yang baru-baru ini menerima pembiayaan untuk dua hingga tiga tahun daripada Ripple, telah menawarkan bounty kepada mana-mana pembangun yang boleh membina plugin yang boleh integrasi XRP dengan WooCommerce. Peminat XRP boleh menyumbang kepada bounty tersebut, yang setakat ini sudah mempunyai 3,000 XRP bernilai lebih kurang $950.

Digunakan oleh anggaran sebanyak 3.3 juta laman web, WooCommerce adalah platform pembayaran terkemuka di web. Ia direka bentuk untuk berfungsi di WordPress, yang menguasakan dalam 33 peratus daripada semua laman web di Internet, menurut data dari firma survey teknologi web W3Techs.

XRPL Labs sedang membangunkan bursa pertukaran desentralisasi (DEX), mobile wallet dan sistem operasi cold storage untuk kripto, termasuk inisiatif blockchain lain. Bulan yang lalu, bahagian pelaburan Ripple Xpring memberi sejumlah XRP yang tidak didedahkan kepada syarikat itu, yang membolehkan Wietse Wind bekerja sepenuh masa dengan dua pekerja.

Sumber:

Default – Inside Post Ads

https://dailyhodl.com/2019/03/10/founder-of-ripple-backed-startup-pushes-for-mass-xrp-adoption-at-3-3-million-online-stores/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads