Default – Above Header Ads

Pengawal Kewangan Jepun Bertambah Kerana Pengendalian Kemasukan Permintaan Lesen Bursa Kripto Yang Semakin Meningkat

 

Agensi Perkhidmatan Kewangan Jepun (FSA) merancang untuk memperkuat tenaga kerjanya dengan menambah 12 anggota baru untuk mengendalikan peningkatan kemasukan aplikasi untuk lesen pertukaran kripto. Pada pertemuan kumpulan bursa pertukaran kripto, naib pesuruhjata FSA untuk penyelarasan dasar, Kiyotaka Sasaki, berkata agensi itu kini sedang melakukan pengawasan terhadap pertukaran kripto dengan sekumpulan 30 orang, yang mana kerjanyatermasuklah kajian semula terhadap permohonan lesen.

Namun, Sasaki dilaporkan menegaskan bahawa dengan lebih daripada 160 firma sedang menunggu kajian semula, bilangan kakitangannya tidak mencukupi, mengatakan agensi itu perlu menambah 12 orang lagi pada 2019 untuk menangani “masalah terbesar”, iaitu jumlah permohonan lesen yang semakin meningkat.

Dokumen selanjutnya menyatakan bahawa agensi tersebut merancang untuk memperbaiki mekanisme profil risikonya sebagai sebahagian daripada “pemantauan mendalam” terhadap ruang bursa pertukaran kripto, dan untuk bekerja semakin rapat dengan kementerian dan agensi yang berkaitan, termasuklah dengan firma domestik dan luar negara.

Sumber:

https://jp.reuters.com/article/fsa-cryptocurrency-idJPKCN1LS1JD

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads