Default – Above Header Ads

Pengawal Selia Kewangan Korea Sokong Penggunaan Blockchain untuk Dagangan Saham

 

Pengawalselia kewangan Korea Selatan menganjurkan penggunaan sistem perdagangan saham berasaskan blokchain. Financial Supervisory Service (FSS) adalah sebahagian daripada kajian baru yang diterbitkan pada hari Khamis, yang pertama kali dilaporkan oleh Korea JoongAng Daily. Kajian itu dilaporkan menggalakkan agensi dan syarikat pengawalseliaan Korea Selatan untuk bekerjasama dalam pembangunan sistem yang dicadangkan, dan juga mengkaji penggunaan blockchain oleh operator saham di seluruh dunia.

Penggunaan blockchain dalam perdagangan saham sudah mantap, dengan percubaan teknologi lejar digital Australia Securities Exchange (ASX) untuk sistem penyelesaiannya, yang dipanggil CHESS, pada tahun 2016. ASX berkata pada bulan April bahawa ia menjangka untuk melancarkan sistem baru pada tahun 2020. Selain itu, NASDAQ dari A.S, LSE dari U.K dan juga JPX dari Jepun turut menggunakan blockchain sebagai penyelesaian perdagangan saham mereka.

Kajian itu melaporkan bahawa penerokaan kes penggunaan blockchain di Korea baru sahaja bermula, dan kerjasama antara syarikat swasta dan awam akan menjadi penting untuk kejayaan sistem ini pada masa hadapan.

Sumber:

https://www.coindesk.com/koreas-financial-regulator-wants-to-use-the-blockchain-for-stock-trading/

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.