Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Pengeluar Berlian Terbesar Dunia Alrosa Bergabung Dengan Projek Perintis Blockchain Penjejakan Berlian De Beers

 

Syarikat perlombongan berlian terbesar di dunia, Alrosa dari Rusia, telah menyertai platform projek perintis De Beers dalam usaha menjejaki rantaian bekalan berlian. Projek itu dikenali sebagai Tracr, yang pertama kali diumumkan pada Januari, bertujuan untuk meningkatkan ketelusan dan kepercayaan pengguna merentas rantaian nilai berlian dari lombong hingga ke kedai.

Penyelesaian ini berfungsi dengan membuat sijil digital untuk setiap berlian yang mencatatkan ciri-ciri dan urus niaga utama. Data ini disimpan secara selamat pada blockchain, yang membolehkan pembeli mengesahkan bahawa berlian yang mereka beli adalah semulajadi dan bebas daripada konflik. Ketua Pegawai Eksekutif Alrosa, Sergey Ivanov memberitahu bahawa langkah syarikat untuk menyertai projek perintis itu dimotivasikan oleh kepercayaan bahawa kerjasama industri diperlukan demi “matlamat yang sama.”

Inisiatif blockchain Tracr dilaporkan direka untuk melengkapkan peraturan dan skim sedia ada yang sudah berfungsi untuk memupuk keyakinan industri dalam bidang dan kualiti berlian, seperti Skim Kimberley Process Certification, World Diamond Council System of Warranties, dan Responsible Jewellery Council Code of Practices.

Sumber:

http://www.miningweekly.com/article/alrosa-joins-de-beers-blockchain-traceability-pilot-2018-10-29/rep_id:3650

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads