Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Pengeluar Kereta Terbesar Korea Selatan, Hyundai, akan Menggunakan DLT dalam Kereta Elektrik

 

Pengeluar kereta terbesar Korea Selatan, Hyundai Motor Group, akan menggunakan blockchain dalam teknologi menghubungkan kereta elektrik (EV) dengan telefon pintar, menurut laporan media mobiliti Green Car Congress pada 22 April.

Hyundai dilaporkan mengumumkan pembangunana teknologi penyelarasan berdasarkan prestasi untuk pemadanan telefon pintar-EV yang membolehkan pengguna menyesuaikan fungsi utama melalui aplikasi telefon pintar.

Dalam aplikasi yang dikatakan adalah yang pertama dalam industri itu, Hyundai dilaporkan akan implementasi teknologi blockchain untuk mengelakkan isu keselamatan apabila pengguna memuat naik dan berkongsi tetapan mereka ke atas server.

Oleh kerana itu, sistem akan datang itu dirancang akan mengenkripsi parameter prestasi besar dalam rangkaian blockchain dengan mencipta blok data baru dalam proses muat naik dan perkongsian tetapan untuk menghalang manipulasi data.

Menurut laporan itu, pemandu akan boleh menyelaras tujuh ciri prestasi seperti output torque maksima motor, kebolehan pecutan dan nyahpecutan, kapasiti brek, had kelajuan maksima, tahap responsif dan penggunaan tenaga ke atas kawalan iklim.

Awal tahun ini, subsidiari perkhidmatan kewangan Hyundai, Hyundai Commercial, telah bekerjasama dengan gergasi teknologi Amerika Syarikat IBM untuk transformasi model perniagaannya dengan blockchain. Kerjasama itu fokus kepada menggunakan teknologi blockchain Hyperledger Fabric untuk mencipta ekosistem kewangan rantaian bekalan untuk rangkaian Hyundai Commercial.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/south-koreas-largest-car-supplier-hyundai-to-use-dlt-in-smartphone-ev-pairing-tool

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.