Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Pengendali Pelabuhan UK Ingin Tingkatkan Prestasi Logistik Pelabuhan Melalui Blockchain

 

Pengendali pelabuhan utama UK, Pelabuhan British Bersekutu (ABP), telah menandatangani perjanjian dengan syarikat logistik digital Marine Transport International untuk membangunkan penggunaan blokchain untuk logistik pelabuhan.

Di bawah perjanjian dengan Marine Transport International, ABP – yang beroperasi di 21 pelabuhan dan mengendalikan 25 peratus penghantaran kargo di Great Britain – akan mengambil bahagian dalam projek perintis penghantaran kargo menggunakan teknologi blockchain. Setiap pihak dalam rantaian bekalan ABP tidak mempunyai hubungan yang kukuh dengan pihak lain, seperti pengendali pelabuhan, pembawa, dan pengirim semuanya menggunakan sistem yang berbeza.

Sebagai penyelesaian blockchain untuk logistik pelabuhan yang dapat mengurangkan pembaziran masa untuk semakan data yang bertaburan secara manual, Jody Cleworth, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Marine Transport International, berkata: “Dengan blockchain, kita boleh menyambung semua sistem tersebut untuk memastikan data yang tepat dan cepat digunakan, membantu mempercepat dan memudahkan aliran perdagangan masuk dan keluar dari UK.”

Sumber:

https://www.reuters.com/article/us-blockchain-commodities/banks-traders-launch-first-commodities-blockchain-platform-idUSKCN1LZ1HL

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads