Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Pengendali Tenaga Boleh Diperbaharui Sepanyol Jejaki Pengeluaran Tenaga Elektrik Dengan Teknologi Blockchain

Syarikat Tenaga Boleh Diperbaharui Sepanyol ACCIONA Energía akan menggunakan blockchain untuk menjejakipenjanaan elektrik. ACCIONA Energía adalah pengendali tenaga boleh diperbaharui global, yang dilaporkan menghasilkan tenaga boleh diperbaharui untuk lebih dari 6 juta rumah.

ACCIONA memulakan projek itu selepas mencapai persetujuan dengan FlexiDAO, sebuah syarikat permulaan yang berpusat di Barcelona yang menawarkan perisian kepada syarikat tenaga elektrik untuk perkhidmatan tenaga digital. Dengan langkah ini, ACCIONA merancang untuk membenarkan para pelanggannya menyemak keberkesanan pengagihan elektrik. ACCIONA dan FlexiDAO telah bekerjasama dalam pembangunan perisian komersial yang menjejaki rantaian bekalan penjanaan elektrik yang boleh diperbaharui dari lima kemudahan angin dan hidro di Sepanyol kepada empat pelanggan korporat di Portugal.

Sekarang mereka sedang mencari untuk melaksanakan teknologi di kawasan baru, termasuk pasaran yang tidak mempunyai sistem persijilan tenaga boleh diperbaharui. Belén Linares, Pengarah Inovasi ACCIONA Energía, menyatakan bahawa “teknologi blockchain dapat memudahkan perkhidmatan penjejakan tenaga mesra alam ini dengan ketara kepada pelanggan di mana-mana bahagian dunia.”

Sumber:

https://www.acciona-energia.com/pressroom/news/2018/december/acciona-extend-blockchain-traceability-renewable-generation-globally/

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.