Default – Above Header Ads

Pengerusi Jawatankuasa Perkhidmatan Kewangan Menghentikan Pembangunan Projek Kripto Facebook

Wakil rakyat Maxine Waters, pengerusi Jawatankuasa Perkhidmatan Kewangan United States House of Representatives meminta Facebook untuk menghentikan pembangunan matawang kriptonya, Libra, seperti yang dilaporkan Brian Fung dari CNN dalam satu siri tweet pada 18 Jun.

Dalam kenyataannya, Rep. Waters menjelaskan:

“Memandangkan sejarah syarikat itu yang bermasalah, saya ingin memohon Facebook bersetuju kepada moratorium daripada apa-apa langkah ke hadapan dalam pembangunan matawang kripto sehingga Kongres dan penguatkuasa mempunyai peluang untuk memeriksa isu ini dan mengambil tindakan.”

Sebagai respon, Rep. Patrick McHenry, juga dari Jawatankuasa Perkhidmatan Kewangan, berkata demikian:

“Ia sangat penting untuk kami sebagai pembuat polisi untuk memahami Projek Libra. Kami perlu melangkaui khabar angin dan spekulasi dan menyediakan forum untuk menilai projek ini dan impaknya kepada sistem kewangan global.”

Implikasi kenyataan-kenyataan ini masih tidak jelas, begitu juga dengan impaknya kepada Facebook dan Projek Libra.

Berita ini datang hari yang sama Facebook melancarkan whitepaper untuk projek kripto barunya, seperti yang dilaporkan Cointelegraph.

Baru-baru ini, Facebook telah mengumpulkan pelabur ke dalam “Libra Association”, merangkumi syarikat teknologi dan pembayaran besar yang ingin melabur $10 juta setiap satu ke dalam Projek Libra.

Hanya bulan yang lalu, Jawatankuasa Perkhidmatan Kewangan meluluskan resolusi untuk membentuk Task Force on Financial Technology. Misi task force itu adalah untuk “memeriksa rangka kerja undang-undang sedia ada untuk fintech, bagaimana fintech digunakan dalam peminjaman dan bagaimana pelanggan berurusan dengan fintech.”

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/chair-of-house-financial-services-committee-requests-halt-on-facebooks-crypto-project

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.