Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Pengerusi Union Bank: Luar Bandar Filipina boleh Menggunakan Blockchain untuk Mengembangkan Perkhidmatan Kewangan

Pengerusi Union Bank di Filipina menyatakan blockchain berpotensi membolehkan bank luar bandar di negara itu untuk menawarkan lebih banyak perkhidmatan kewangan. Justo Ortiz berpendapat bahawa teknologi baru itu boleh mengembangkan industri pinjaman, dan juga menambah baik tahap efisyen dan ketelusan pasaran pengiriman wang negara itu.

Menurut laporan di Bloomberg, Ortiz optimistik tentang bagaimana teknologi Blockchain boleh menambah perkhidmatan yang ditawarkan oleh bank Filipina, lebih-lebih lagi di kawasan luar bandar. Bank itu sudah pun melakukan eksperimen dengan teknologi itu berkaitan dengan pasaran pengiriman di Filipina dan bertujuan untuk mengembangkan usahanya.

Banyak keluarga di negara itu bergantung kepada wang yang dihantar dari saudara mara yang bekerja di luar negara untuk menampung kehidupan mereka. Secara tipikalnya, perkhidmatan pengiriman adalah sangat mahal dan tiada ketelusan menyebabkan pekerja yang tinggal di negara asing tidak mempunyai kawalan terhadap siapa yang menerima wang dan bagaimana ia dibelanjakan.

Pengerusi Union Bank berkata bahawa penggunaan token yang boleh diprogram dalam sistem pengiriman akan membolehkan mereka yang menghantar wang untuk mempunyai lebih banyak impak terhadap bagaimana wang mereka digunakan apabila ia tiba di Filipina.

Kekurangan sedia ada dalam sistem pengiriman itu juga memaksa keluarga untuk bergantung kepada peminjam wang tempatan yang selalunya mengenakan kadar bunga yang sangat tinggi. Ini menjadikan proses penghantaran wang lebih mahal, menghalang mereka yang memerlukan daripada menerima sumber kewangan yang mencukupi.

Ortiz berharap untuk mengembangkan perkhidmatan pengiriman berdasarkan blockchain yang baru sahaja diuji oleh Union Bank dan Oversea-Chinese Banking Corp antara Filipina dan Singapura. Menggambarkan “jejak kaki nasional” lebih dari 500 bank luar bandar, dia berkata peminjam boleh mengembangkan tawaran pinjaman mereka kerana ketelusan yang didapati dalam sistem blockchain menyebabkan mereka mengagihkan pinjaman dengan keyakinan yang lebih. Cawangan Union Bank juga boleh menawarkan perkhidmatan tambahan yang selalunya tidak diperolehi mereka yang tinggal di kawasan terpencil negara itu.

Sumber:

https://beincrypto.com/union-bank-chair-rural-philippines-could-use-blockchain-to-boost-financial-services/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.