Pengguna Brave Browser akan Boleh Mengeluarkan BAT Mereka Tidak Lama Lagi
Brave Browser akan memperkenalkan ciri baru yang akan membolehkan penggunanya mengeluarkan token BAT yang diperoleh dari iklan. Walaupun buat masa ini ciri itu hanya boleh didapati di browser preview pembangun Brave, komuniti Brave menyambut berita itu dengan gembira, mengatakan ianya langkah ke hadapan untuk penggunaan BAT.
Sebelum ini token BAT yang diperoleh melalui iklan atau insentif di Brave Browser kebanyakkannya dikunci dalam wallet pengguna. Cara utama untuk menggunakan token itu adalah untuk menyumbangnya kepada pencipta kandungan dan perkhidmatan web.
Menurut laporan terbaru di Forum Komuniti Brave, pengguna yang melayari Internet menggunakan versi Brave Nightly akan dapat mengeluarkan BAT dari Brave Rewards wallet selepas mengesahkan dan mencipta akaun dengan Uphold.
Wakil syarikat itu mengatakan bahawa pengguna juga boleh membeli BAT tambahan. Sebagai penjaga wallet yang sudah disahkan, Uphold membolehkan pengguna mengakses dana dari kad kredit, akaun bank dan wallet kripto lain.
Walaupun syarikat itu mengatakan mereka menjangka isu dengan ciri-ciri baru itu, ramai pengguna BAT menyatakan mereka telah menanti sokongan fiat untuk BAT buat sekian lama dan membolehkan pengeluaran akan menarik lebih ramai orang ke dalam ekosistem Brave.
Selepas beberapa pengguna mengkritik Brave kerana hanya bekerjasama dengan Uphold, wakil dari syarikat itu mempertahankan keputusan itu dengan menyatakan bahawa kedudukan Uphold adalah “neutral” memandangkan Brave Rewards wallet sedia ada dalam browser disediakan oleh Uphold. Cara pengeluaran lain akan ditambah di masa hadapan, menurut syarikat itu lagi.
Brave telah bekerja keras dalam beberapa bulan yang lalu untuk menambah baik dan mengembangkan ciri-ciri Brave Browser. Selain daripada membolehkan pengeluaran BAT, syarikat itu juga mengembangkan ciri tipping dan mengintegrasi beberapa wallet matawang kripto berprofil tinggi.
Sumber:
https://cryptoslate.com/brave-browser-withdraw-bat/
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!