Default – Above Header Ads

Penggunaan Bitcoin Darknet Bertambah Dua Kali Ganda Tahun 2018

 

Nampaknya harga Bitcoin yang jatuh tidak mengurangkan pembayaran darknet menggunakan aset digital. Tahun lepas melihat penggunaan Bitcoin dua kali ganda dalam transaksi, berbanding pada awal tahun 2018.

Menurut laporan Reuters berdasarkan kajian Chainalaysis tentang subjek itu, transaksi darknet Bitcoin berjumlah hampir $2 juta pada penghujung tahun lalu. Awal tahun 2018 angka itu adalah separuh dari itu.

2017 melihat dalam $700 juta dimasukkan ke dalam pasaran gelap Internet, dan tahun 2018 angka itu adalah $600 juta.

Pada bulan Julai 2017, The Guardian melapokan penutupan AlphaBay dan Hansa, dua pemain pasaran gelap. “Europol berkata terdapat 250,000 penyenaraian dalam AlphaBay sahaja, dengan 200,000 ahli dan 40,000 peniaga,” menurut laporan The Guardian.

Penutupan AlphaBay dan Hansa telah mengurangkan jumlah Bitcoin darknet pada awal tahun 2018, yang pada waktu itu bermula dengan separuh daripada jumlah yang dilihat menjelang akhir tahun 2018.

Nampaknya ketidak stabilan harga Bitcoin tidak menghalang pengguna darknet memandangkan harga Bitcoin jatuh lebih dari 80% sepanjang 14 bulan yang lalu. Dalam laporan Reuters, pakar ekonomi Chainalysis, Kim Grauer menerangkan, “Untuk seseorang yang ingin membeli sesuatu di pasaran darknet, harga Bitcoin yang naik turun tidak begitu penting.”

Dalam artikel baru-baru ini, The Next Web menyatakan penutupan laman web darknet tidak mempunyai kesan memanjang kerana laman web baru akan menggantikan yang lama.

Namun, sama ada Bitcoin lebih anonymous daripada wang tunai masih dibahaskan. Memandangkan semua transaksi Bitcoin direkod di lejar awam, penggunaan Bitcoin anonymous tidak semudah yang disangka, menurut kaji selidik MIT di tahun 2017.

Semakin banyak bursa pertukaran menambah baik polisi KYC mereka, penjejakan Bitcoin menjadi lebih mudah. Walaupun begitu, ada yang masih menganggap penggunaan Bitcoin yang lebih privasi boleh ditambah baik jika ia digunakan secara over-the-counter (OTC).

Sumber:

https://cryptoinsider.com/darknet-bitcoin-doubled/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads