Default – Above Header Ads

Penggunaan Blockchain Dalam Organisasi Sains Hayat Telah Meningkat 3 Kali Ganda Semenjak 2017

 

Penerimaan blokchain dalam sains hayat telah meningkat secara mendadak dalam tempoh setahun yang lalu walaupun terdapat pelbagai halangan. Menurut Pistoia Alliance, firma sains hayat global yang bukan berasaskan keuntungan, 60% daripada profesional dalam sektor sains farmaseutikal dan sains hayat sudah menggunakan teknologi blockchain atau sekurang-kurangnya bereksperimen dengannya. Ini dibandingkan dengan angka 22% yang dicatatkan apabila tinjauan yang sama dijalankan di sektor tersebut.

Menurut Steve Arlington, presiden Pistoia Alliance – yang mempunyai ahli pengasas termasuk gergasi farmaseutikal global seperti Pfizer, Novartis, GlaxoSmithKline dan AstraZeneca – faedah teknologi blockchain ke industri farmaseutikal dan sains hayat tidak boleh diabaikan.

Blockchain menyediakan lapisan kepercayaan tambahan bagi saintis dan organisasi mereka. Kami berharap faedah keselamatan teknologi membantu mempercepatkan perkongsian dan pemindahan data atau maklumat, dan akan memudahkan kolaborasi dan perkongsian ilmu antara industri, “kata Arlington.   “Kami percaya blockchain akan membuka peluang baru bagi industri untuk mula berkongsi data dengan lebih selamat untuk memajukan inovasi perubatan, akhirnya menjadikan kehidupan pesakit lebih baik.”

Sumber:

https://www.pistoiaalliance.org/more-than-half-of-life-science-organisations-already-using-or-experimenting-with-blockchain-up-from-less-than-a-quarter-in-2017/

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads