Default – Above Header Ads

Penggunaan Kripto Berkembang Melangkaui Bandar Bitcoin di Slovenia dan Croatia

 

Jumlah dan kepelbagaian peniaga yang menerima matawang kripto sebagai bentuk pembayaran telah melihat perkembangan yang besar di Slovenia dan Croatia.

Elipay, yang dibangunkan oleh syarikat startup Eligma, adalah aplikasi mobile untuk pembayaran kripto yang disokong Android dan iOS diimplementasi oleh 300 kedai di Slovenia. Di Croatia, berikutan kelulusan bank pusat, spektrum penggunaan matawang kripto sebagai kaedah pembayaran juga telah berkembang. Bitcoin City, iaitu kawasan komersial paling besar dan signifikan di Eropah Tengah, mempunyai lebih 500 kedai yang menggunakan Elipay. Kedai-kedai ini kini menerima Bitcoin, BCH, ETH dan token Eligma, ELI.

Menurtu CEO Eligma, Roljic:

“Jumlah lokasi Elipay sentiasa bertambah, Elipay kini meliputi hampir semua kategori perkhidmatan dan produk: makanan dan minuman, fesyen, elektronik, perkhidmatan, sukan, hiburan, rumah dan taman, permainan dan kanak-kanak, haiwan peliharaan, auto dan moto, pelancongan, dewasa, kedai online dan lain-lain.” 

Salah satu pemproses pembayaran terbesar di Croatia, iaitu Billy, telah integrasi Elipay ke dalam sistemnya. CEO itu berkata sistem itu akan diuji dan dinilai semula diikuti dengan penilaian dokumentasi teknikal untuk menghalang isu lain dalam kemas kini kemudian.

Melalui mengembangkan perniagaan yang boleh menggalakkan penggunaan matawang kripto, ia akan membantu dalam membangunkan teknologi blockchain.

Bitcoin City berkata:

Bitcoin City akan mencipta masyarakat terbuka yang akan membolehkan pengguna meneruskan misi mereka dan juga membangunkan persekitaran perniagaan mereka selaras dengan impian mereka, keperluan dan polisi operasi.

Pada 5 April, penambahan terbaru Elipay, Intaxi, telah diumumkan yang membolehkan perjalanan teksi dalam dan luar ibu kota dibayar dalam matawang kripto. Dan dengan kerjasama terbaru melalui bahagian teknologinya, Eligma Labs, seperti dengan ketua media dunia bitcoin.com dan penasihat blockchain AmaZix, Eligma nampaknya bersedia untuk menebarkan sayapnya melangkaui Eropah Tengah.

Sumber:

https://bitcoinnews.com/crypto-usage-sees-growth-beyond-bitcoin-city-in-slovenia-and-croatia/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.