Default – Above Header Ads

Penggunaan Stablecoin: DAI Dalam Kad Visa, Tether Digunakan Dalam E-Dagang

DAI, stablecoin yang terdesentralisasi berasaskan Ethereum kini boleh dibelanjakan di mana kad-kad VISA diterima dan stabilcoin Tether (USDT) melihat peningkatan penggunaan oleh organisasi e-dagang. Menurut kenyataan akhbar, platform kewangan kolaboratif 2Gether menambah sokongan DAI ke platformnya. Jurucakapnya mendakwa bahawa ini adalah stabilcoin pertama yang ditambah kepada platform.

Akibat daripada penambahan itu, pengguna 2Gether kini boleh menggunakan DAI mereka seperti Euro, tanpa bayaran, di mana sahaja Visa diterima. Selain itu, 2Gether juga akan membolehkan pemegang DAI untuk membeli dan menjual 13 matawang kripto, tanpa bayaran, dan menghantar DAI ke alamat luar. Firma itu menerangkan apa yang diharapkan untuk dicapai dengan penambahan aset kripto ke platformnya: “Penambahan DAI ke katalog kripto 2gether menawarkan operasi menggunakan matawang kripto yang terdesentralisasi dan stabil pada masa yang sama.”

Paolo Ardoino, ketua pegawai teknikal di Tether dan bursa kripto Bitfinex, memberitahu Tether berkembang ke organisasi e-dagang dan mendakwa bahawa Tether adalah cara yang berkesan untuk meningkatkan kelajuan aktiviti, kerana ia lebih cepat daripada kad kredit dan sistem pembayaran tradisional. Beliau berkata: “Pedagang perlu mempunyai stabilcoin untuk melindungi perniagaan mereka daripada turun naik aset kripto lain seperti Bitcoin. Tether digunakan secara meluas oleh peniaga e-dagang tetapi kerana ini adalah trend baru kami masih mengumpul dan menilai data.”

Rujukan:

https://cointelegraph.com/news/stablecoin-adoption-dai-in-a-visa-card-tether-sees-use-in-e-commerce

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads