Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Penghantaran dari Korea Selatan ke Netherlands Berjaya dijejak Blockchain

Samsung SDS, bank Belanda ABN AMRO dan Port of Rotterdam telah berkerjasama menjalankan penghantaran proof-of-concept (PoC) dari Korea Selatan ke Netherlands di mana mereka menjejak kontainer secara eksklusif menggunakan platform blockchain, menurut laporan oleh The Maritime Executive pada 1 Julai.

Menurut pengumuman itu, kontainer itu dijejak melalui platform blockchain “DELIVER”, yang membenarkan penghantaran itu untuk di biayai serta-merta, dijejak sepenuhnya dan dijalankan tanpa kertas kerja.

Menurut CFO Port of Rotterdam Paul Smits, proses tradisional penghantaran selalunya memerlukan kertas kerja yang banyak dan tidak efisyen:

“Buat masa ini pembayaran, pentadbiran dan penghantaran fizikal kontainer masih lagi menambil tepat melalui siaran yang berbeza […] Menjadikan ia tidak efisyen, kerana banyak pihak yang terlibat dan semuanya diuruskan melalui dokumentasi kertas. Contohnya, purata 28 pihak yang terlibat dalam penghantaran kontainer dari China ke Rotterdam.”

Platform blockchain DELIVER dilaporkan dibangunkan bersama oleh tiga organisasi, dan adalah platform yang interoperable yang menyokong aplikasi Ethereum dan Hyperledger, menurut TokenPost. Menurut laporan itu, mengintegrasi beberapa blockchain akan memberi beberapa kelebihan termasuk notari dokumen, mengelak dari double payment, dan pemindahan aset.

Han Seung-yeop, seorang pengurus di Samsung SDS dilaporkan memberi komen:

The Customs Clearance Blockchain System di Perkhidmatan Kastam Korea adalah berdasarkan Hyperledger Fabric, sementara Rotterdam Port di Netherlands menggunakan Ethereum Platform […] Kami mulakan projek DELIVER untuk menghubungkan semua platform yang berbeza.”

Kini dengan sempurnanya penghantaran proof-of-concept, organisasi disebalik projek itu telah menandatangani persetujuan untuk melancarkan beberapa projek pilot berdasarkan platform penghantaran itu, seperti dalam pengumuman Port of Rotterdam. Seterusnya, mereka berkata bahawa matlamat akhir adalah untuk membekalkan platform global dan persendirian untuk penghantaran.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/first-successful-blockchain-tracked-shipment-from-south-korea-to-the-netherlands

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads