Default – Above Header Ads

Pengkritik Bitcoin Nouriel Roubini Mengundur Diri dari Pertaruhan Kripto Novogratz

Penyokong kental Bitcoin Mike Novogratz berlawan dengan pengkritik kuat kripto Nouriel Roubini di persidangan teknologi SALT bertempat di Las Vegas pada 8 Mei.

Sewaktu perbincangan panel tentang matawang digital, Roubini sekali lagi mengkritik kripto sebagai “gelembung” yang sangat besar. Sementara itu, Novogratz pula memuji Bitcoin sebagai suatu yang “ajaib”.

Nouriel Roubini adalah seorang profesor ekonomi di New York University. Pendiriannya menentang Bitcoin telah membuatkan dia dikenali.

Walaupun Roubini tidak mempunyai pengalaman dunia sebenar  (bukan akademik) mengurus jumlah wang yang besar, dia telah berulang kali mengatakan Bitcoin tidak bernilai dan satu penipuan yang besar. Dia menekankan sentimen itu hari ini di forum SALT.

“Kripto adalah Ibu dan ayah segala gelembung,” Roubini berkata (melalui CNBC). “Istilah matawang kripto adalah satu msinomer. Untuk menjadi satu matawang, ia perlu ada satu unit akaun, bernilai dan suatu kaedah pembayaran yang boleh diskalakan.”

Roubini berkata penyokong kripto adalah penipu yang menipu diri mereka dan orang lain. Kenapa? Kerana Bitcoin tidak boleh diskalakan secara efisyen, terlalu terdedah kepada “manipulasi yang besar,” dan terlalu tidak stabil untuk menjadi tempat penyimpanan nilai.

Di penghujung spektrum itu adalah Mike Novogratz, alumni Golman Sachs dan bekas pengurus hedge fund. Novogratz adalah pengasas bank kripto Galaxy Digital.

Novogratz berkata Roubini memandang rendah industri kripto dan tidak melihat kepada potensi besarnya. Tambahan lagi, Novogratz berkata Bitcoin telah membuktikan bahawa ia mempunyai nilai, jadi pengkritik seperti Roubini telah kalah dalam debat itu.

Novogratz berkata hakikat institusi global seperti Fidelity dan Facebook yang merancang untuk implementasi kripto membuktikan ia tidak akan kemana-mana.

“Saya berpendapat Bitcoin mempunyai masa depan yang cerah. Apa yang saya rasa adalah ia akan berterusan meningkat.”

Novogratz kemudiannya menjemput Roubini untuk meletakkan wang di mana dia bercakap, dan membuat pertaruhan kecil (dan ia tidak memerlukan Roubini mengeluarkan wang tunai pun).

Bitcoin berharga $6,000 kini. Jika sewaktu Krismas ia masih di atas $6,000, anda perlu memakai baju T yang berkata, ‘I Love Bitcoin.’”

“Jika tidak, saya akan memakai baju T yang berkata, ‘Nouriel Was Right.’”

Tidak memeranjatkan, Roubini menolak pertaruhan Novogratz itu. “Saya tidak kisah dengan harga Bitcoin,” menurutnya.

Sumber:

https://www.ccn.com/bitcoin-basher-nouriel-roubini-cowers-from-novogratzs-crypto-wager

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads