Default – Above Header Ads

Penguatkuasa AS Ingin Ekstradisi Penipu Kripto

United States Department of Justice (DoJ) telah membuka aduan penipuan terhadap rakyat Sweden Roger Nils-Jonas Karlsson dan firma berkait Eastern Metal Securities (EMS), menurut sidang media pada 19 Jun.

Menurut DoJ, Karlsson dan EMS didakwa atas kesalahan penipuan sekuriti, wire, dan penggubahan wang haram. Secara khususnya, Karlsson didakwa meminta pelabur membayar untuk produknya menggunakan matawang virtual, seperti Bitcoin.

Menurut aduan itu, laman web EMS didaftarkan kepada individu yang diadakan, dan menawarkan saham “Pre Funded Reversed Pension Plan” di mana pelabur boleh membeli saham pada harga $98. Karlsson didakwa menjanjikan pulangan emas sebanyak 1.15kg (lebih $45,000 pada bulan Januari 2019) setiap saham sekuriti.

Namun begitu, penyiasatan oleh unit Penyiasatan Jenayah IRS dilaporkan menjumpai bahawa Karlsson tidak menunjukkan dia mempunyai kapital untuk pulangan yang dijanjikan. Walaupun begitu, dia telah melabur wang yang diterima dalam hartanah di Thailand.

Karlsson didakwa menjalankan dua laman web, EMS dan HCI25, untuk menjalankan urusan pelaburan penipuan tanpa pulangan. Dia dilaporkan telah berjaya mendapatkan lebih $11 juta dari sekurang-kurangnya 3,575 pelabur melalui penipuan ini, yang sudah berada dalam operasi sejak 2006.

Menurut laporan itu, Karlsson ditahan di Thailand pada 18 Jun, dan Amerika Syarikat memohon ekstradisi untuk membicarakan penjenayah itu di Northern District of California.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/us-authorities-seek-extradition-of-alleged-crypto-scammer

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.