Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Penguatkuasa Jerman Memberi Amaran kepada Awam tentang Pengambilan oleh Bursa Pertukaran Kripto CoinBene

Federal Financial Supervisory Authority (BaFin), penguatkuasa kewangan Jerman, telah mengeluarkan amaran kepada orang awam tentang bursa pertukaran kripto CoinBene pada 28 Mei.

Penguatkuasa itu berkata bahawa CoinBene merekrut pedagang kripto freelance yang dibayar komisyen. BaFin berkata memandangkan aset kripto adalah instrumen kewangan, perdagangan mereka memerlukan kebenaran di bawah Akta Perbankan Jerman, atau Kreditwesengesetz (KWG).

BaFin menyatakan bahawa CoinBene tidak tersenarai dalam senarai komersial Jerman dan masih belum mendapatkan lesen yang sepatutnya untuk berdagang aset kripto seperti yang diminta oleh KWG.

CoinBene sebelum ini memberi respon kepada pertanyaan berkenaan kewujudannya di Jerman, menafikan bahawa ia mengambil freelancers dalam terbitan Twitter rasmi:

“Kami menerima banyak pertanyaan mengenai pengambilan [freelancers] di Jerman. Tetapi CoinBene tidak merancang untuk membuka pejabat atau mengambil wakil di Jerman. Walaupun begitu, kami ingin berterima kasih kepada mereka yang menghubungi kami.”

Seperti yang dilaporkan Cointelegraph sebelum ini, CoinBene disyaki menutupi satu kes godaman. Bursa pertukaran itu menafikan dakwaan berikut, menyatakan bahawa dana yang keluar adalah hasil daripada penyelenggaraan.

Saintis data di firma infrastruktur blockchain Elementus menjumpai bahawa maklumat tentang transaksi yang keluar adalah konsisten dengan apa yang boleh dilihat dalam kes godaman. Namun begitu, penganalisa berkata penemuan mereka tidak menyangkal dakwaan CoinBene.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/german-watchdog-warns-public-about-alleged-hiring-by-crypto-exchange-coinbene

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.