Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Penguatkuasa Luxembourg Memberi Amaran tentang Aktiviti Laman Web Klon BitPay

Penguatkuasa kewangan Luxembourg, the Commission de Surveillance du Secteur Financier (CSSF), telah memberi amaran (red-flagged) tentang aktiviti penipuan satu laman web klon yang menyamar sebagai perkhidmatan pembayaran matawang kripto BitPay.

Pada 18 September, CSSF telah mengeluarkan amaran tentang syarikat yang menggunakan nama Bitbay Europe S.A. Laman web itu mendakwa ianya adalah cawangan Eropah BitPay, menyatakan: “Perkhidmatan pertukaran terpintar Bitcoin di dunia telah tiba di Eropah.”

Firma itu mendakwa mendapat kebenaran untuk beroperasi di Luxembourg dan bekerja di bawah pemantauan penguatkuasa, tetapi CSSF menolak kenyataan ini, menyatakan:

“CSSF telah memberitahu orang awam bahawa entiti yang bernama bit-bay EUROPE S.A. tidak diketahui olehnya dan ia tidak memberi apa-apa kebenaran untuk menyediakan perkhidmatan pembayaran dalam atau dari Luxembourg.”

Sementara penguatkuasa Luxembourg telah memastikan rakyatnya tidak menjadi mangsa kepada klon BitPay itu, Cointelegraph melaporkan bahawa BitPay yang sebenar telah menambah sokongan untuk matawang kripto kedua terbesar berdasarkan kapital pasaran, Ether.

Pembekal perkhidmatan pembayaran matawang kripto besar itu telah menambah ciri-ciri keselamatan sejak kebelakangan ini.

Pada lewat bulan Ogos, syarikat itu telah memperkenalkan ciri pengesahan identiti batu untuk beberapa pembayaran bernilai tinggi, pembayaran semula dan pengeluaran.

Firma itu kini memerlukan pengguna menjalani proses pengesahan satu-kali yang memerlukan input data seperti nombor Social Security atau paspot, dan juga gambar ID.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/luxembourg-regulator-red-flags-activities-of-bitpay-clone-website

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads