Default – Above Header Ads

Penguatkuasa Pelabuhan Sepanyol Menyertai Platform Blockhain yang Dibangunkan IBM dan Maersk

 

Penguatkuasa Pelabuhan Bay of Algeciras (APBA) telah menandatangani perjanjian di mana ia akan membuat kolaborasi bersama IBM di platform perkapalannya Tradelens, menurut laporan Europa News pada 21 Januari. Tradelens adalah platform digital berdasarkan teknologi Blockchain yang dibangunkan oleh IBM dan syarikat perkapalan gergasi Maersk.

Algeciras adalah salah satu daripada 10 pelabuhan tersibuk di Eropah, menjadi tuan rumah kepada 70 juta trafik kargo setiap tahun. Pada tahun 2017, pelabuhan itu melihat throughput kontena sebanyak 4.3 juta.

Menurut nota APBA yang dilihat oleh Europa News, platform itu akan membolehkan APBA berkongsi maklumat dan dokumentasi antara rakan kongsi dalam rantaian bekalan dengan lebih selamat dan efisyen. Menurut nota itu, platform itu akan menambah nilai buat pengirim, pengangkut barang, operator logistik dan syarikat perkapalan.

Europa Press menyatakan bahawa menjelang akhir tahun 2018, platform itu telah memasukkan lebih 100 organisasi dan 20 operator pelabuhan. Tradelens dilaporkan mendaftarkan 230 pengiriman dan memproses lebih 20 juta kontena.

Operator pelabuhan yang maju sudah mula implementasi teknologi Blockchain untuk menyelaraskan operasi mereka. Pada Oktober 2018, Pelabuhan Rotterdam di Belanda bekerjasama dengan bank Belanda besar ABN AMRO dan subsidiari IT Samsung untuk menguji blockchain untuk perkapalan.

Pada Jun 2018, subsidiari kepada pelabuhan Abu Dhabi menjadi entiti pertama dalam negara itu untuk melancarkan solusi blockchainnya sendiri. Subsidiari itu, Maqta Gateway LLC, membangunkan dan melancarkan Silsal – teknologi berdasarkan Blockchain untuk menambah baik tahap efisyen industri perkapalan dan logistik negara itu.

Operator pelabuhan di United Kingdom, Associated British Ports, telah menandatangani perjanjian pada bulan September 2018 dengan pembekal logistik digital Marine Transport International untuk membangunkan penyelesaian blockchain untuk logistik pelabuhannya.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/spanish-port-authority-joins-blockchain-platform-developed-by-ibm-and-maersk

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads