Default – Above Header Ads

Penguatkuasa Sekuriti AS Mencari Pembekal Data Blockchain

 

Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran Amerika Syarikat sedang mencari sumber untuk data blockchain dan juga analisanya, dalam satu kenyataan oleh agensi itu pada 31 Januari.

Menurut kenyataan itu, Suruhanjaya itu sedang mencari perniagaan yang boleh memberi data blockchain untuk menyokong pemantauan risiko dan aktiviti pematuhan kawal selia, pada masa yang sama memberitahu Suruhanjaya itu tentang aset digital. Pada bulan yang lalu, agensi itu telah mengumumkan bahawa matawang kripto adalah salah satu keutamaannya untuk tahun ini.

Menurut kenyataan 31 Januari itu, agensi itu menunjuk minat kepada sumber untuk data berkaitan lejar paling popular blockchain. Selain dari memberi data, syarikat itu juga perlu menyusun data untuk pemeriksaan.

Tambahan lagi, Suruhanjaya itu juga meminta maklumat berkaitan proses pengekstrakan data, pertukaran dan pengesahan. Agensi itu juga bertanya syarikat yang menyertai untuk menunjukkan “kebolehan mereka untuk mendapatkan pandangan daripada maklumat yang ada,” termasuk pengenalpastian pemilik alamat kripto.

Syarikat yang ingin membalas permintaan agensi perlu menghantar maklum balas mereka melalui emel sebelum 14 Februari yang mengandungi kenyataan tentang kebolehan mereka, menurut kenyataan itu.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/us-securities-regulator-solicits-blockchain-analytics-companies-for-data-review

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads