Default – Above Header Ads

Pengurus Am Kumpulan Bola Keranjang Houston Rockets Bullish terhadap Bitcoin

Daryl Moery, pengurus am kumpulan bola keranjang Houston Rockets, berkata dia baru-baru ini membeli lebih banyak Bitcoin.

Pada 23 Ogos, Morey mengeluarkan tweet “Saya telah beli lagi” sebagai respon kepada tweet pro-Bitcoin oleh pengasas Morgan Creek Digital Assets, Anthony Pompliano, yang berkata Bitcoin membolehkan pelabur mengelak daripada kekecohan pasaran global.

Beberapa pemberi komen telah mencadangkan bahawa harga Bitcoin boleh menjadi indikator kekecohan geopolitikal dan menjadi aset safe haven untuk individu dalam keadaan ekonomi dan politikal yang tidak baik.

Pompliano menulis bahawa Morey kini boleh ditambah ke dalam senarai panjang selebriti, atlet dan pemain muzik yang pro-Bitcoin.

Seperti yang dilaporkan Cointelgraph Brasil awal bulan ini, Russel Okung, seorang pemain NFL dari Los Angeles Chargers, sedang mempromosi satu siri pertemuan tempatan untuk mendidik orang ramai tentang bagaimana Bitcoin berfungsi. Minggu yang lalu, dia telah mengeluarkan tweet bahawa dia mungkin akan memberi tiket Chargers kepada orang yang datang ke persidangan “Bitcoin is_” di Los Angeles.

Seperti yang dilaporkan Cointelegraph sebelum ini, Dallas Mavericks telah menjadi kumpulan NBA kedua untuk menerima Bitcoin sebagai pembayaran untuk tiket perlawanan dan barangan. Memperkenalkan pilihan pembayaran matawang kripto telah menjadi keutamaan untuk kumpulan itu apabila pemilik kumpulan itu, pelabur teknologi jutawan Mark Cuban, menyatakan keinginan untuk menambah pembayaran kripto tahun lalu.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/general-manager-of-houston-rockets-basketball-team-bullish-on-bitcoin

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads