Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Pengurus Aset Kripto Desktop, Ledger Live Melancarkan Versi Aplikasi Mobile

 

Pengeluar hardware wallet matawang kripto Perancis, Ledger, telah melancarkan aplikasi mobile untuk beberapa produknya, syarikat itu mengesahkan dalam terbitan blog pada 28 Januari.

Dinamakan Ledger Live, aplikasi itu sebelumnya hanya untuk desktop kini boleh didapati untuk peranti mobile Android dan iOS, syarikat itu melaporkan. Menurut blog itu, aplikasi itu membolehkan pengguna wallet Ledger Nano X untuk menggunakan wallet mereka tanpa memerlukan kabel melalui peranti mobile dan penghubung Bluetooth.

Versi pertama aplikasi itu akan memberi akses kepada pengguna Nano X, sementara mereka dengan Nano S lama atau Ledger Blue hanya boleh melihat maklumat baki simpanan mereka buat masa ini, dan blog itu memanggilnya “mod perundingan.”

Syarikat itu menjanjikan fungsi penuh akan dimasukkan untuk semua pengguna pada masa akan datang, tetapi dalam kes Nano S, pengguna perlu menggunakan telefon Android untuk komunikasi dengan wallet mereka.

Nano S tidak mempunyai Bluetooth, jadi pengguna perlu membeli kabel USB on-the-go (OTG).

“Di masa depan, pengguna Ledger Nano S (telefon pintar Android sahaja) akan boleh membuat transaksi Dengan menggunakan kabel OTG,”blog itu terangkan, menambah:

“Kami sedang berusaha untuk menambah ciri yang sama untuk aplikasi mobile Ledger Live seperti versi desktop.”

Aplikasi Ledger berkongsi persamaan dengan pesaingnya seperti Bridge interface Trezor, yang syarikat itu telah lancarkan dalam wallet mereka tahun yang lalu. Trezor kini Lebih sesuai untuk penggunaan desktop berbanding dengan aplikasinya ‘Trezor Manager’ mempunyai fungsi yang terhad.

Aplikasi mobile itu datang apabila hardware wallet bertambah dari segi populariti dalam kalangan pelabur matawang kripto yang ragu-ragu dengan tahap keselamatan hot wallet.

Bursa pertukaran kripto berterusan mengalami godaman simpanan pengguna, sementara komuniti meningkatkan usaha untuk menekankan kepentingan menguasai simpanan kepada pengguna yang tidak teknikal.

Minggu ini, bursa pertukaran kripto besar Binance mengeluarkan butiran awal tentang bagaimana bursa pertukaran kripto desentralisasinya, Binance DEX akan menawarkan sokongan hardware wallet.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/desktop-crypto-asset-manager-ledger-live-launches-mobile-app-version

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.