Default – Above Header Ads

Peniaga Barang Kemas Hong Kong Jejaki Berlian Dengan Teknologi Blockchain

 

Chow Tai Fook Jewellery Group, sebahagian daripada konglomerat Hong Kong yang terkenal, akan memberikan maklumat kepada pelanggan tentang asal dan kualiti berliannya. Perkhidmatan ini didayakan oleh Everledger, syarikat permulaan teknologi blockchain dan disokong olehIBM Blockchain Platform. Individu boleh mengakses maklumat berlian melalui aplikasi T Mark syarikat tersebut.

Alan Chan, pengurus besar penjenamaan kumpulan untuk Chow Tai Fook, berkata bahawa pengguna muda sering berminat dalam kitaran hayat berlian. Oleh itu, beliau percaya “semakin penting bagi industri barang kemas untuk membantu mengenalpasti asal-usul dan keaslian batu permata dengan memanfaatkan teknologi moden” seperti teknologi blockchain.

Pengarah Urusan syarikat itu, Kent Wong, menambah bahawa perkhidmatan itu akan membolehkan para pelanggan untuk menguruskan berlian mereka dengan lebih baik dan memberikan mereka pengetahuan yang lebih luas mengenai aset barang kemas mereka. Secara keseluruhan, dilaporan maklumat mengenai 3,000 berlian telah tersedia di applikasi T Mark. Berlian-berlian tersebut telah dinilai oleh Gemological Institute of America, sebuah pertubuhan bukan berasaskankeuntungan khusus untuk tujuan penyelidikan dan pendidikan berkenaan berlian dan permata.

Sumber:

https://www.aninews.in/news/national/general-news/cabinet-approves-mou-on-blockchain-technology-by-exim-bank201809121950280002/

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.