Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Penjenayah Menuntut Monero bernilai $10 juta dalam kes Penculikan

 

Isteri kepada seorang jutawan berbangsa Norwegian telah diculik, dan penjenayah dilaporkan menuntut sebanyak 9 juta Euro (USD$10 juta) dibayar dalam matawang kripto privasi Monero (XMR).

Menurut akhbar tempatan VG, Anne-Elisabeth Falkevik Hagen yang berumur 68 tahun, isteri kepada ahli perniagaan Norwegian Tom Hagen, sudah hilang selama 10 minggu, sejak 31 Oktober tahun lepas.

Penyiasatan polis setakat ini tidak dihebahkan ke media menurut VG, kerana Ancaman telah dibuat berkaian penglibatan polis dan media. Laporan tersebut juga menyatakan bahawa polis Norwegian telah meluaskan penyiasatan kepada Interpol dan Eruopol.

Tom Hagen dianggarkan mempunyai kekayaan sebanyak 1.7 billion NOK (USD$200 juta), dan di kedudukan ke 172 dalam senarai terkaya Norway.

Pilihan penculik untuk Monero, matawang privasi adalah kerana ia sukar untuk menjejak transaksi Monero, yang juga menandakan peralihan penjenayah kepada matawang kripto yang lebih privasi dan tidak diketahui, Walaupun Bitcoin masih dituntut dalam beberapa kes jenayah.

Minggu ini juga dilaporkan penculik di Afrika Selatan menuntut 5 BTF ($20,000) untuk melepaskan seorang kanak-kanak berumur sembilan tahun. Awal bulan ini, sekumpulan penggodam yang dipanggil TheDarkOverlord menuntut Bitcoin selepas menghebahkan mereka sudah menggodam firma undang-undang yang menguruskan tuntutan insurans berkaitan serangan pada 11 September 2002.

Sesuatu yang menarik adalah, beberapa orang mengatakan pilihan Monero dalam kes ini mungkin membantu penguasa kerana tuntutan sebanyak $10 juta itu mewakili 1% daripada modal pasaran XMR: “Memandangkan transaksi ini bersaiz sangat besar berbanding ekonomi XMR, dan wang perlu masuk dari luar pasaran XMR, saya rasa perkara ini tidak boleh disembunyikan sebaik yang disangka”.

Sumber:

https://www.cryptoglobe.com/latest/2019/01/criminals-demand-10-million-in-monero-xmr-in-norwegian-kidnapping-case/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.