Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Penutupan Kerajaan Amerika Syarikat Menghentikan Aktiviti SEC, Namun Tarikh Bitcoin ETF Tidak Terjejas

 

SEC telah mengeluarkan arahan pada 16 Januari, menghentikan prosiding pentadbiran dalam proses buat sementara waktu memandangkan ia “mengalami masalah pembahagian.”

Menurut dokumen, semua prosiding yang sepatutnya dihadapkan ke Suruhanjaya itu atau hakim undang-undang pentadbiran, telah dihentikan.

Pakar undang-undang Jake Chervinsky berkata bahawa Walaupun SEC telah ditutup sebelum arahan itu, prosiding pentadbiran masih lagi dijalankan, oleh itu tarikh akhir tidak terjejas.

Memandangkan SEC kini menghentikan prosiding pentadbiran buat sementara waktu, pihak yang berkepentingan boleh memfailkan permohonan untuk menolak penghentian itu jika prosiding mereka termasuk dalam aktivti yang dikecualikan dalam arahan itu.

Bitcoinist melaporkan bahawa SEC perlu membuat keputusan tentang kelulusan VanEck/SolidX Bitcoin ETF yang disokong CBOE menjelang 27 Februari 2019.

Pakar undang-undang tersebut mengatakan bahawa meskipun arahan telah dikeluarkan, SEC tidak boleh dibenarkan untuk melewatkan keputusannya:

“Ini tidak mengubah apa-apa tentang tarikh akhir ETF, yang ditetapkan oleh statut dan tidak boleh dilewatkan lagi.”

Suruhanjaya itu telahpun melewatkan keputusannya beberapa kali, dan yang terakhir adalah di bulan Disember.

Penutupan SEC membuahkan banyak khabar angin tentang status Bitcoin ETF yang mungkin diluluskan secara otomatik jika Suruhanjaya itu terlepas tarikh akhir. Walapun ini benar dalam teori, Chevinsky menolak kemungkinan itu, menyatakan “dalam realiti, ia tidak mungkin berlaku.”

Dia menyatakan lagi peluang kelulusan Bitcoin ETF telah jatuh ke 10%.

Sumber:

https://bitcoinist.com/bitcoin-etf-unaffected-sec-freeze/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.