Default – Above Header Ads

Penyelidik Cabar Pemahaman Awam Tentang Isu Penggunaan Tenaga Dalam Perlombongan Bitcoin, Perbahasan Sekarang Adalah Tidak Menyeluruh

 

Pakar tenaga bersih telah menentang persepsi umum bahawa penggunaan tenaga yang tinggi adalah kelemahan utama Bitcoin (BTC). Pengurus Strategi di University of Pittsburgh’s Centre for Energy, Katrina Kelly mengatakan bahawa kita perlu mengalihkan perdebatan berkenaan perlombongan Bitcoin dari jumlah penggunaan tenaga kepada bagaimana tenaga tersebut dijana: “Pengeluaran tenaga boleh meningkat di samping masih mengekalkan impak minimum terhadap alam sekitar. Tidak semua jenis penjanaan tenaga adalah sama dari segi impak mereka terhadap alam sekitar.”

Penyelidikan baru-baru ini menganggarkan bahawa perlombongan BTC menyumbang 0.5 peratus penggunaan tenaga global menjelang 2018 – tetapi Kelly berpendapat bahawa sumber, bukan jumlah, tenaga adalah yang menjadi titik utama perbahasan. China, sebuah negara yang telah lama menjadi kuasa besar perlombongan kripto kerana bekalan elektrik yang murah, menggunakan sebahagian besar sumber berasaskan fosil, di mana penggunaanya akan meningkatkan impak negative yang tinggi terhadap alam sekitar. Iceland, sebaliknya bergantung kepada sumber tenaga geoterma dan kuasa hidro yang boleh diperbaharui. Dalam kes ini, Kelly berhujah, dakwaan penggunaan kuasa perlombongan BTC “hampir tidak relevan” kepada kesihatan alam sekitar.

Walaupun fokus hujah Kelly adalah berkenaan penggunaan tenaga “kotor”, dia juga menawarkan perspektif yang lain untuk menegaskan kontroversi perlombongan Bitcoin: jika perlombongan BTC menggunakan kira-kira 30 terawatt pada 2017, ssstem perbankan menggunakan 100 terawatt kuasa setiap tahun. “Bahkan jika teknologi Bitcoin matang hingga lebih dari 100 kali ganda ukuran pasaran sekarang ini, ia akan tetap sama, hanya 2 peratus sahaja dari semua penggunaan tenaga untuk perlombongan.”

Sumber:

https://theconversation.com/stop-worrying-about-how-much-energy-bitcoin-uses-97591

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.