Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Penyelidik Universiti Beralih Ke Blockchain Untuk Memelihara Warisan Budaya

 

Pasukan dari Universiti Tsinghua China telah memfailkan permohonan paten yang memperincikan peranan teknologi blockchain dalam melindungi warisan budaya. Menurut pemfailan, tiga ahli fakulti universiti telah membangunkan satu konsep untuk sistem yang boleh menyimpan dan berkongsi versi digital objek penting budaya menggunakan blockchain.

Ketiga pencipta – termasuk Tan Jiajia, penyelidik dan Lu Xiaobu, ketua Akademi Seni dan Reka bentuk university tersebut – menerangkan dalam dokumen bahawa sistem itu terdiri daripada dua bahagian. Yang pertama melibatkan model pengkomputeran 3D yang dapat mengimbas objek penting budaya untuk menyediakannya dalam bentuk digital. Peringkat kedua pula, sistem secara automatik menyimpan setiap data objek dalam blockchain melalui proses kriptografi yang dipanggil hashing.

Pasukan tersebut menulis dalam paten: “Berdasarkan reka bentuk unik blockchain untuk bertukar maklumat, identiti setiap warisan kebudayaan boleh dipindahkan di antara pihak yang berlainan dengan kos yang lebih rendah dengan kecekapan yang lebih tinggi, supaya kita dapat memperbesarkan nilai ekonomi dan sosial mereka.”

Sumber:

https://www.coindesk.com/university-researchers-turn-to-blockchain-to-preserve-cultural-heritage/

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads