Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Penyerang 51% ETC Mengembalikan $100,000 kepada Bursa Pertukaran Kripto

 

Penyerang 51% ETC dilaporkan mengembalikan $100,000 kepada bursa pertukaran kripto gate.io, menurut laporan daripada blog rasmi bursa pertukaran kripto itu pada 12 Januari.

Syarikat itu menambah bahawa mereka telah cuba menghubungi penyerang tetapi tidak mendapat maklum balas sehingga kini, dan mereka tidak tahu sebab kenapa wang itu dikembalikan. Bursa pertukaran itu mengumumkan:

“Jika penyerang itu tidak membuat serangan itu untuk keuntungan, dia mungkin white hacker yang ingin mengingatkan orang ramai tentang risiko konsensus blockchain dan keselamatan hashing power.”

White hacker adalah penggodam yang mempunyai etika profesional yang kuat, yang menggunakan kemahiran menggodamnya untuk kebaikan dan bukannya keuntungan sendiri. Jargon file, tentang budaya penggodam mengatakan:

“Istilah white hat adalah untuk sekutu atau pakar keselamatan yang baik.”

Pada 9 Januari, gate.io menerbitkan analisa mereka tentang serangan 51 peratus, menemui bahawa sebanyak 54,200 ETC bernilai $271,500 ketika itu, telah dipindahkan semasa serangan itu berlaku. Bursa pertukaran kripto besar Coinbase mengatakan pada 8 Januari bahawa Jumlah wang yang terlibat dalam deep chain reorganization termasuk kripto bernilai $1.1 juta.

Bitcoin Exchange CEX.IO

gate.io mengatakan bahawa hashrate terkini rangkaian ETC rendah dan kemungkinan besar sesiapa sahaja boleh mendapatkan computing power yang cukup besar untuk membuat serangan 51% sekali lagi. Untuk mengelakkannya, bilangan pengesahan yang diperlukan untuk deposit ETC telah dinaikkan kepada 4,000 di gate.io untuk melindunginya dari serangan itu.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/ethereum-classic-51-attackers-allegedly-returned-100-000-to-crypto-exchange

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.