Default – Above Header Ads

Peralihan Waves ke Sistem Kewangan Kawal Selia-Sendiri

Platform blockchain sumber terbuka Waves akan beralih ke sistem kewangan kawal selia-sendiri, membolehkan komuniti untuk kenal pasti saiz ganjaran penjanaan blok dan bekalan coin.

Waves mengumumkan perkembangan ini dalam sidang media yang dikongsi bersama Cointelegraph pada 19 September. Syarikat itu menjelaskan tentang naik taraf dalam versi protokol Node 1.1, yang mempertimbangkan mekanisme ganjaran penjanaan blok selain daripada yuran transaksi sedia ada:

“Setiap blok yang dijana akan menambah lagi 6 WAVES kepada keseluruhan bekalan dalam peredaran, yang sebelum ini terhad kepada 100,000,000 WAVES. Ganjaran untuk penjanaan blok akan dipersetujui oleh peserta rangkaian melalui proses pengundian yang akan selesai setiap 100,000 blok, atau dalam 70 hari. Ganjaran blok boleh ditambah atau dikurang sebanyak 0.5 WAVES setiap tempoh atau dibiar tidak berubah.”

Model baru itu kononnya akan memberi kelebihan kepada pelombong kerana ia akan membolehkan mereka menunjukkan pilihan mereka dalam polisi kewangan itu dan menambah pendapatan mereka sehingga sebanyak 5% setiap tahun. Sasha Ivanov, pengasas dan CEO Waves, berkata:

“Kes-kes sistem kewangan yang dikawal selia sendiri seperti kami adalah contoh bagaimana model kewangan tradisional boleh berubah di masa hadapan pada skala global. Dalam konteks ini, blockchain boleh membekalkan mekanisme untuk pentadbiran ekonomi desentralisasi oleh bilangan yang besar agen kewangan daripada hanya jawatankuasa pusat sesebuah negara.”

Juga pada 19 September, kumpulan Waves melancarkan blockchain baru, dikenali sebagai “stagenet”, dengan testnet yang stabil. Waves testnet dan mainnet akan mempunyai versi yang sama dan dikemas kini serentak. Waves berkata bahawa ia akan memberi ganjaran kepada penjana dengan token WAVES tambahan dengan setiap blok yang dijana, di mana nilai ganjaran akan ditentukan oleh pengundian pelombong.

Pada awal September, Waves dan platform pengedaran permainan blockchain The Abyss bekerjasama untuk melancarkan pasaran barangan digital dan item dalam permainan berdasarkan blockchain. Integrasi token Abyss dengan blockchain Waves akan membolehkan pembangun permainan memasukkan operasi Abyss Token secara langsung ke dalam permainan berdasarkan Waves mereka.

Pada akhir bulan Ogos, Waves menambah sokongan untuk token ERC20 kepada bursa pertukaran desentralisasinya. Baru-baru ini juga, kumpulan Waves melancarkan gateway baru dengan sokong untuk token Vostok dan Ergo.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/waves-transitions-to-self-regulating-monetary-system

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads