Default – Above Header Ads

Perdagangan Bitcoin di Bitwala Mencecah 1 juta EUR

 

Bitwala, bursa pertukaran kripto dan syarikat pembayaran yang beroperasi di Jerman, hari ini mengumumkan bahawa hanya selepas beberapa minggu pelancaran rasmi mereka, pengguna sudah berdagang Bitcoin bernilai 1 juta EUR.

Bitwala adalah satu-satunya perkhidmatan perbankan yang aktif dalam European Economic Area (EEA = E.u., EFTA, Switzerland) yang menawarkan akaun percuma dengan wallet Bitcoin yang dibina dalamnya.

Sebanyak 30 negara EEA termasuk dalam pengkalan pengguna Bitwala. Hanya separuh daripada itu yang tinggal di Jerman. 5 negara teratas di luar Jerman adalah Austria, UK, Switzerland, Itali dan Perancis.

“Kami bangga ramai pengguna kami telahpun menggunakan perkhidmatan ini sebagai akaun pendapatan mereka. Ini tanda yang besar mereka mempercayai kami. Kami sedang membina aplikasi mobile kami, yang akan dilancarkan dalam masa terdekat. Ia akan membantu pelanggan kami untuk integrasi penggunaan matawang kripto ke dalam kewangan hari-ke-hari mereka. Dengan Kad Debit Bitwala, yang datang tanpa caj ekstra apabila membuka akaun, pelanggan boleh mengeluarkan wang atau membayar secara percuma di 40 juta ATM dan kedai seluruh dunia,” menurut Ben Jones, pengasas bersama dan CTO Bitwala.

Pengguna Bitwala didaftarka semasa proses pengenalpastian video pendek, yang hanya mengambil masa beberapa minit dan boleh dijalankkan melalui telefon pintar. Selepas pengesahan, mereka boleh terus akses semua kelebihan akaun bank Jerman, termasuk jaminan untuk simpanan Euro sehinggan EUR 100,000.

Sumber:

https://www.cryptoninjas.net/2019/02/21/bitcoin-trading-at-bitwala-reaches-eur-1-mln-weeks-after-launch/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads