Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Perdana Menteri Armenia Hadiri Pelancaran Ladang Perlombongan Yang Didakwa Sebagai Salah Satu Ladang Pelombongan ‘Terbesar di Dunia’

 

Upacara perasmian sebuah ladang perlombongan baru yang didakwa antara “terbesar di dunia” telah diadakan di ibu negara Armenia pada 18 Oktober. Perdana Menteri Armenia dan pegawai tertinggi lain dilaporkan hadir. Ladang perlombongan baru dilaporkan merupakan usahasama antara konglomerat Armenia, Multi Group, yang diasaskan oleh oligarki dan ahli politik Gagik Tsarukyan, dan firma perlombongan Omnia Tech.

Selain daripada Perdana Menteri Nikol Pashinyan dan Tsarukyan, acara itu dilaporkan telah dihadiri oleh banyak ahli perniagaan antarabangsa, dengan menarik tetamu “dari hampir empat puluh negara,”. Tsarukyan turut berkata: “Ini adalah langkah penting ke arah pembangunan sektor teknologi maklumat, terutamanya kerana wakil-wakil kalangan perniagaan asing merancang untuk bertemu dengan ahli-ahli kerajaan untuk mengetahui kemungkinan pelaburan baru dalam ekonomi Armenia dan memperluaskan asas kerjasama.”

Berita Armenia melaporkan bahawa kira-kira $ 50 juta telah dilaburkan dalam penciptaan ladang perlombongan baru ini, yang dikatakan pada masa ini mempunyai 3000 mesin perlombongan Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH), dengan kapasiti penuh sebanyak 120.000 pada masa depan.

Sumber:

http://newsarmenia.am/news/armenia/odna-iz-krupneyshikh-v-mire-ferm-dlya-mayninga-kriptovalyut-zadeystvovana-v-erevane-foto-video/

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads