Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Perdana Menteri Baru Rusia Menetapkan Halatuju Ekonomi Digital Rusia

Perdana Menteri Persekutuan Rusia telah menyeru negara untuk mengutamakan pembangunan ekonomi digital. Seperti yang dilaporkan pada 16 Januari, Mikhail Mishustin – yang telah disahkan sebagai Perdana Menteri pada hari ini – mencatatkan beberapa fokus utama dalam kerjanya dan menggariskan keperluan pembaharuan institusi di Rusia.

Mishustin berkata bahawa negara harus melaksanakan teknologi maklumat moden, termasuk pembangunan program ekonomi digital negara, sambil menambah: “Negara harus menjadi platform digital yang dicipta untuk orang ramai.”

Mishustin memberi kenyataannya selepas kerajaan dan bekas Perdana Menteri Rusia Dmitry Medvedev mengumumkan bahawa mereka meletakkan jawatan. Keputusan itu diambil di tengah-tengah mesej Presiden Rusia Vladimir Putin ke Perhimpunan Persekutuan, di mana beliau menggariskan beberapa perubahan mendasar kepada perlembagaan negara.

Firma-firma utama Rusia, termasuk beberapa firma yang memegang kepentingan negara, mula menguji dan menerapkan teknologi blockchain kepada pelbagai aspek operasi mereka. Pemain utama dalam ruang matawang kripto dan blockchain juga memuji peranan Russia dalam pembangunan industri. Tahun lepas, Ketua Pegawai Eksekutif Binance, Changpeng Zhao, memuji bakat pembangun perisian yang keluar dari negara itu dan menamakan Putin sebagai orang yang paling berpengaruh dalam industri blockchain.

Rujukan:

https://ria.ru/20200116/1563490940.html

===

EXMO affiliate program

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads