Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Perdana Menteri Pakistan Bercakap Tentang Pendigitalan Pentadbiran Kerajaan

 

Perdana Menteri Pakistan telah menjalankan mesyuarat yang fokus kepada pendigitalan pentadbiran kerajaan, menurut media tempatan The News pada 17 April.

Di mesyuarat itu, Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan dilaporkan berbincang tentang isu seperti pendigitalan proses kerajaan dan impak teknologi blockchain dalam memastikan operasinya berjalan dengan lancar dan telus. Khan juga menekankan potensi untuk membuang birokrasi dan menambahbaik perkhidmatan am selaras dengan visi kerajaan itu.

Perbincangan itu juga menyentuh tentang platform perdagangan generasi baru untuk negara itu yang akan menambah tahap efisyen perdagangan dengan rakan pedagang Pakistan. Khan berkata:

“Pendigitalan juga akan menjana sinergi yang amat diperlukan dalam kalangan organisasi kerajaan untuk memastikan perkhidmatan yang lebih lancar dan menambah baik kemudahan untuk menjalankan perniagaan di negara ini.”

Pada awal April, Pakistan mengumumkan ia akan implementasi peraturan matawang baru dalam bentuk skim perlesenan untuk institusi wang elektronik dalam usaha untuk menambah baik rekodnya dalam menentang jenayah kewangan. Pengawalseliaan itu juga dilaporkan akan “membantu menentang penggubahan wang haram dan pembiayaan keganasan pada masa membantu kawal selia matawang digital di seluruh negara itu.”

Pada 1 April, Jameel Ahmad, naib gabenor Bank Persekutuan Pakistan (SBP), bank pusat negara itu, mengisytiharkan bahawa institusi itu bermatlamat untuk mengeluarkan matawang kripto menjelang 2025. Menurut pegawai itu, matlamatnya adalah untuk mempromosi kelancaran dan kemasukan kewangan dan melawan korupsi. Pelancaran matawang digital sepenuhnya pula dijadualkan akan berlaku dalam tahun 2030.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/pakistani-prime-minister-addresses-digitization-of-govt-administration

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads