Default – Above Header Ads

Perhatian yang Bertambah Dalam BTC, Yuran Transaksi Bitcoin Naik Lebih 500%

 

Lonjakan dalam perdagangan BTC telah menyebabkan yuran transaksi untuk matawang kripto itu meroket. Data blockchain terbaru menunjukkan yuran transaksi Bitcoin meningkat lebih 500 peratus sejak awal tahun ini, dengan banyak transaksi beryuran rendah mengambil masa beberapa jam untuk disahkan.

Dalam industri kripto, kelajuan transaksi boleh menjayakan projek atau tidak. Kelajuan atau throughput sesuatu blockchain mempunyai impak yang besar kepada yuran transaksi rangkaian itu, dan dalam banyak kes, kejayaannya. Kecuali Bitcoin.

Berikutan pembelian yang melonjak naik baru-baru ini, yuran perdagangan turut naik. Pada 1 Januari, yuran transaksi Bitcoin adalah $0.18. Hari ini, setiap transaksi mempunyai yuran lebih $1.3. Walaupun dengan mengambil kira perubahan harga Bitcoin, dari segi keseluruhan kos untuk menambah transaksi ke dalam blockchain (dalam 6 blok) telah naik dari 3 satoshi setiap byte ke 80 satoshi setiap byte, peningkatan 26 kali ganda (dengan purata transaksi memakan 270 atau lebih data dalam byte, untuk rujukan).

Kenaikan tiba-tiba ini sekali lagi membawa hujah sama ada yuran tinggi ini counterintuitive kepada tujuan Bitcoin sebagai ‘matawang’, berbanding sebagai aset alternatif. Namun begitu, dalam jangka masa pendek, yuran tinggi ini nampaknya tidak akan menjejaskan trend harga Bitcoin yang menaik.

Pedagang melihat yuran yang meningkat sebagai isyarat yang bercampur. Kenaikan harga tiba-tiba dalam menambah transaksi ke dalam blockchain dikatakan berikutan kejatuhan dalam pasaran. Walaupun begitu, yuran tinggi juga adalah indikator minat bertambah dalam Bitcoin. Seperti biasa dalam pasaran kripto, sukar untuk mendapat kepastian sama ada faktor seperti yuran transaksi akan memberi impak kepada harganya dalam jangka masa pendek.

Default – Inside Post Ads

Sumber:

https://cryptoslate.com/growing-interest-in-btc-bitcoin-transaction-fees-up-over-500/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.