Default – Above Header Ads

Perjanjian Ekuiti Starbucks akan Melihat Pembayaran Berdasarkan Kripto?

 

Maklumat baru tentang kerjasama Starbucks dengan platform matawang kripto Amerika Syarikat, Bakkt, menunjukkan bahawa syarikat kopi itu akan menerima pembayaran berdasarkan Bitcoin selepas perjanjian ekuiti, menurut berita industri matawang kripto The Block pada 4 Mac.

Starbucks, yang dikenali sebagai rakan kongsi pengasas Bakkt sewaktu pelancarannya pada Ogos yang lalu, dilaporkan akan menyokong software Bakkt untuk membolehkan pelanggan AS membayar untuk produknya.

Seperti yang dilaporkan The Block, tiada matawang kripto yang akan diproses oleh Rantaian itu, kerana kripto itu akan terus ditukar ke fiat.

Masih lagi di fasa terakhir sebelum pelancaran, Bakkt bertujuan untuk menjadi platform untuk pelabur yang ingin mencari pendedahan kepada matawang kripto. Antara perancangannya adalah untuk mengeluarkan kontrak futures Bitcoin yang fizikal, dijadualkan lewat tahun ini Bergantung kepada kelulusan penguatkuasa.

Starbucks pada awalnya menafikan idea bahawa kemasukkannya akan menghasilkan “kopi untuk Bitcoin.” Namun kini nampaknya syarikat itu telah memperoleh ekuiti yang signifikan dalam Bakkt, dan secara langsung akan menerima pembayaran kripto.

“Terdapat nilai yang tinggi dengan jenama seperti Starbucks di tahap ini,” penerbitan itu memetik kata-kata seorang pakar mengenai perjanjian itu. The Block menyatakan hanya pelanggan AS Sahaja yang akan mendapat akses kepada perkhidmatan BTC-USD Bakkt pada mulanya.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/coffee-for-bakkt-starbucks-equity-deal-will-see-crypto-based-payments-source-claims

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads