Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Perkhidmatan Pelancongan Blockchain Tawarkan Hotel 20% Lebih Murah dari booking.com atau AirBnB

 

Syarikat yang beroperasi di Eropah itu, LockTrip ingin meletakkan industri penginapan ke dalam Blockchain dengan mencipta “perkhidmatan pelancongan berdasarkan Blockchain yang pertama berfungsi.” Team mereka berkata ia telah menawarkan 100,000 hotel dan 1,500 tempat penginapan lain di seluruh dunia, dengan purata diskaun hampir 20 peratus apabila dibandingkan dengan laman tempahan lain – dengan rancangan untuk menambah 300,000 hotel dan 900 syarikat penerbangan ke dalam pasarannya menjelang hujung Januari 2019.

Penginapan yang tiada komisyen ini boleh ditempah secara langsung melalui pasaran beta Locktrip. Untuk menjadikan proses tempahan mudah bagi pengguna yang tidak biasa dengan Blockchain, startup itu telah mencipta model perkhidmatan yang membolehkan sambungan serta-merta antara kad kredit dan token ERC-20 LOC syarikat itu. Pelancong yang tidak biasa dengan kripto boleh membuat tempahan menggunakan kad kredit sama seperti di laman tempahan yang lain, dan pertukaran kepada kripto akan dilaksanakan serta-merta melalui sambungan API dengan bursa pertukaran dimana LOC didagangkan.

Setiap tempahan akan disimpan dalam smart contract sehingga selesai checkout. Syarikat itu menyatakan bahawa setiap tempahan melalui pasaran mereka lebih murah dan selamat bagi pengguna berbanding cara tradisional membuat tempahan, di mana pengguna mempunyai risiko untuk tidak mendapat perkhidmatan yang sudah dibayar.

Selain daripada pasaran pelancongan berdasarkan web, LockTrip juga telah melancarkan aplikasi mobile untuk Android dan iOS. Startup itu juga bekerja untuk mencipta hibrid blockchain PoS di mana mereka sudahpun melancarkan testnet. Blockchain PoS LockTrip akan menggabungkan kelebihan Bitcoin dan Ethereum. Syarikat itu berharap untuk membina platform yang boleh menyokong aplikasi Ethereum dan juga mencapai lebih banyak transaksi setiap saat.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/blockchain-travel-service-to-offer-hotels-20-percent-cheaper-than-on-bookingcom-or-airbnb

EXMO affiliate program

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads