Perkhidmatan Streaming Twitch Membuang Pilihan Pembayaran Kripto
Perkhidmatan streaming yang dimiliki Amazon, Twitch, telah dilaporkan membuang pilihan untuk membayar langganan dalam kripto termasuk Bitcoin dan Bitcoin Cash. Pembuangan itu dilaporkan oleh pengguna Reddit pada 23 Mac.
Pengguna itu menyatakan bahawa Twitch menawarkan pilihan untuk membayar dalam BTC dan BCH menggunakan BitPay sebagai pemproses pembayaran, tetapi telah “membuangnya sejak beberapa minggu lalu sebagai kaedah pembayaran untuk semua negara.” Satu pengguna, yang tidak puas hati, mengatakan bahawa syarikat itu membatalkan semua langganan Twitch mereka dan dia telah menghantar tiket bantuan kepada syarikat itu.
Pada 20 Mac, seorang pengguna Reddit mendakwa bahawa Streamlabs – software streaming yang popular yang digunakan pengguna Twitch untuk menerima tip – juga membuang sokongan untuk matawang kripto. Menurut pengguna itu, versi baru software itu tidak lagi mengandungi sokongan untuk sumbangan kripto.
Pada bula Jun 2018, laman web pelancongan besar expedia.com mengesahkan kepada Cointelegraph bahawa ia telah berhenti menerima Bitcoin sebagai kaedah pembayaran untuk hotel dan tiket penerbangan.
Seperti yang dilaporkan Cointelegraph pada bulan Ogos 2016, Twitch sebelum ini menawarkan pembayaran dalam Bitcoin menggunakan Coinbase sebagai gateway.
Sumber:
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!