Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

“Permainan Kripto Tercomel” Menyambut Tahun Baru Cina dan Menghantar Hadiah Digital

 

Permainan koleksi kripto yang desentralisasi Blockchain Cuties, yang kini terdapat di tiga platform blockchain berbeza – Ethereum, EOS dan Tron – telah mengumumkan sambutan Tahun Baru Cina untuk pemainnya. Pembangun permainan itu akan implementasi tradisi Cina yang memberi “ang pao merah” dan akan menghantar hadiah digital. Pemain Blockchain Cuties hanya akan tahu apa yang terdapat dalam pek digital mereka pada 5 Februari 2019. Tambahan lagi, untuk peristiwa itu, permainan itu akan mengeluarkan haiwan virtual baru – khinzir.

Di China, ang pao merah biasanya mengandungi wang, yang melambangkan nasib baik. Paket itu akan diberikan kepada ahli keluarga, rakan-rakan dan rakan sekerja semasa sambutan. Pada hari ini, Tahun Baru China sudah menjadi semakin digital: ramai orang lebih gemas bertukar ang pao merah atas talian berbanding menggunakan ang pao kertas. Mereka juga boleh menghantar hadiah kepada orang yang mereka ingin raikan, tetapi tidak kenal secara rapat, seperti selebriti.

Menjelang Tahun Baru China, Blockchain Cuties akan mengeluarkan Haiwan baru: Khinzir, yang akan menyertai perlumbaan Haiwan digital. “Ia adalah jenis haiwan yang boleh dimainkan sepenuhnya, di mana pemain boleh biakkan, hantar mengembara, bertukar atau menjual,” syarikat itu berkata. Pemain boleh membeli Khinzir di Pasar Cutie. Tambahan lagi, mereka boleh mendapatkannya dengan tiket khas, yang boleh didapati pada Tahun Baru China.

Pembangun permainan itu menekankan bahawa Tahun Baru China akan disambut di seluruh ekosistem dunia. Acara itu boleh diakses di tiga blockchain yang disokong permainan itu – Ethereum, EOS dan Tron. Pada asalnya, Blockchain Cuties dilancarkan di Ethereum pada April 2018. Kemudian, di November 2018, syarikat itu mengumumkan kerjasama dengan EOS, yang menjadikan Blockchain Cuties “permainan pertama yang menyokong dua blockchain pada masa yang sama.”

Di penghujung Disember 2018, platform ketiga ditambah ke dalam sistem itu. Blockchain Tron telah diumumkan sebagai protokol yang membenarkan pengguna menerbitkan, menyimpan dan memiliki kandungan hiburan secara percuma. Pembangun permainan itu berkata konsep Tron sesuai dengan pendekatan Blockchain Cuties: Menurut syarikat itu, pemilikan Cuties adalah pada pemain yang membeli atau membiak token non-fungible itu.

Versi terbaru permainan itu Selepas integrasi dengan platform Tron adalah memasukkan kandungan unik – termasuk barangan istimewa, lokasi dan Tron Cuties seperti Red Hedgehog, Fairy Dragon, Bear-o-Bull, LilTronbeary. Selain daripada itu, Blockchain Cuties Universe percaya bahawa integrasi ini akan membantu untuk meningkatkan kelajuan transaksi. Kumpulan Tron mengumumkan bahawa matlamat mereka adalah mencapai 1,000 transaksi sesaat (TPS) – Ethereum membolehkan 15 TPS dan Bitcoin 7 TPS. Meningkatkan TPS boleh memberi lebih banyak peluang kepada pengguna semasa permainan.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/the-cutest-crypto-game-celebrates-chinese-new-year-and-sends-out-digital-gifts

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads