Permainan Pertarungan Blockchain Berpindah Ke Bitcoin SV
Crypto Fights, permainan pertarungan berdasarka blockchain yang baru-baru ini mengeluarkan gameplay trailer, akan memindahkan pertarungan on-chain kepada Bitcoin Satoshi’s Vision (BSV) kerana ia melihatnya sebagai “bitcoin asal”.
Menurut platform media sosial permainan itu, kumpulan disebalik Crypto Fights melihat Bitcoin SV sebagai “Bitcoin asal”, dan percaya beberapa cirinya lebih baik untuk penggunanya. Ini termasuk “kod immutable di mana pembangun lain boleh integrasi dan bangunkan. Analisis keseluruhan terbuka untuk eSports. Komuniti pihak ketiga untuk permainan live. Pertarungan terbuka…banyak lagi.”
Kumpulan itu menyatakan bahawa:
“Bitcoin SV adalah Bitcoin asal. Ia mengembalikan protokol Bitcoin asal, mengekalkan kestabilan, dan membolehkan penskalaan besar.”
Pertarungan CryptoFights pada asalnya sepatutnya berdasarkan sidechain Ethereum, untuk membolehkan platform itu diskalakan. Pemindahan ke BSV yang kontroversi itu akan mengambil kesempatan terhadap saiz blok matawang kripto yang besar iaitu 128MB.
A first look at CryptoFights gameplay trailer, a turn-based competitive strategy game. Own your items with #enjin, transparent battles on the #BSV blockchain. Subscribe for updates at https://t.co/37GdO3wVl1#madewithunity #unity3d #gamedev #indiedev pic.twitter.com/mJTTOSdKhb
— Crypto Fights (@CryptoFights) February 27, 2019
Bitcoin SV telah mengumumkan pada awal tahun ini “kelahiran semula Bitcoin asal” dan mendedahkan logo baru. Langkah itu, menurut beberapa orang, adalah cubaan untuk menjenamakan kembali matawang kripto itu sebagai “Bitcoin asal”. Bulan yang lalu, Coinbase telah membenarkan penggunanya yang memegang BCH sewaktu fork untuk mengeluarkan token BSV dari platform itu.
Sumber:
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!