Default – Above Header Ads

Permintaan untuk Matawang Kripto di Hong Kong Berterusan Meningkat

Hong Kong telah menjadi medan perang futuristik. Chatroom Telegram di mana penunjuk perasaan membincangkan tentang taktik kini disasarkan oleh server China, teknologi pengenalpastian muka telah menyebabkan banyak orang awam untuk menjadi ‘rogue’, dan ramai yang mula bergantung kepada taktik baru, seperti menggunakan laser point, untuk cuba mengalihkan perhatian polis yang menggunakan gas pemedih mata. Ini adalah pemberontakan alaf 21, yang berlaku di jalanan dan di ruangan siber.

Percaya atau tidak, sistem pembayaran memainkan peranan yang besar dalam pengawasan Hong Kong, dan ini adalah sebahagian daripada apa yang orang ramai menentang. Contohnya, banyak orang muda di bandar itu tidak mahu menggunakan sistem pembayaran Octopus kerana takut bahawa pihak berkuasa akan jejak langkah mereka.

https://twitter.com/maryhui/status/1138675837165641733

Ia bukan sesuatu yang mengejutkan bahawa matawang kripto memainkan peranan yang signifikan dalam pemberontakan – mereka membekalkan rakyat Hong Kong dengan sistem pembayaran alternatif di luar kuasa kerajaan China yang berhati-hati.

Apabila protes bermula di pertengahan bulan Jun, Bitcoin dijual pada harga premium $160 di bursa pertukaran yang beroperasi di Hong Kong, TideBit. Ia masih lagi didagangkan pada harga premium $80, dan jumlah perdagangan sudah bertambah. Kini terdapat dalam 39 ATM Bitcoin atau matawang kripto di bandar itu, dan banyak restoran dan lokasi menyokong pembayaran kripto sebagai point-of-sale. Beberapa orang kaya bandar itu telah mula memindahkan wang mereka ke akaun offshore untuk mengelak penguatkuasa China, dengan banyak melabur dalam matawang kripto sebagai safe haven.

Ini khususnya lebih relevan memandangkan rakyat tanah besar China tidak boleh berdagang matawang kripto kerana sekatan seluruh negara. Hong Kong, sementara itu, akan dan telahpun menjadi pusat untuk pembangunan berkaitan blockchain selama beberapa tahun kini. Undang-undang percukaian bandar itu berlawanan dengan tanah besar China, satu lagi penambahan kepada polisi “satu negara, dua sistem”.

Semakin rakyat Hong Kong merasa lebih berhati-hati terhadap kerajaan China dan sistem pembayaran berpusat yang bertujuan untuk mengawasi mereka. Protes itu telah berjalan selama dua bulan kini – tetapi selepas penyelesaian berdasarkan matawang kripto mendekati penyempurnaan sebagai alternatif kepada pilihan pembayaran China, kita akan mula melihat lebih banyak kepincangan dalam pengawasan kerajaan China.

Sumber:

https://beincrypto.com/cryptocurrency-demand-soars-in-hong-kong-as-protests-continue/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.